CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Thursday, September 23, 2010

PESANAN KEKASIH


Hari ini telah 14 hari kita tinggalkan kekasih yang kita peluk sebelum ini yakni bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan, yang tidak ada kelebihan-kelebihan nya dalam bulan-bulan lain. selama 30 hari kita berada di universiti ramadhan untuk menjalani kursus bacelor of taqwa dan ketika ini kita berada di bulan syawal iaitu bulan kemenangan bulan konvokesyen kerana kita sebagai hamba nya yang telah berjaya melalui kursus tersebut. bersama kita bermuhasabah diri, adakah kursus itu 100% berjaya menjadikan kita insan yang bertaqwa, beriman sepenuhnya? tanyalah iman kita dan renungkanlah perbuatan dan amalan kita ketika ini.

Nisa' tambun, berbesar hati untuk mengajak , sahabat-sahabat diluar sana untuk menunaikan puasa enam hari di bulan syawal.

Sabda Nabi mafhumnya : Setelah habis puasa ramadhan dan disambung dengan puasa enam hari, ibaratnya kamu berpuasa sepanjang tahun.

InsyaALLAH kita akan menempuh 11bulan lagi yang kita sendiri tidak tahu bagaimana kehidupan kita sepanjang itu untuk sampai kebulan yang kita rindui untuk bertemunya iaitu RAMADHAN KARIM 1432H.

Wallah hua'lam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails