ada 7 golongan manusia yang akan mendapat perlindungan dibawah naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya. Iaitu :-
1. Imam/pemerintah yg adil
2. Pemuda yg sentiasa beribadah kpd Allah
3. Laki-laki yg hatinya sentiasa bergantung (berharap) dengan masjid-masjid (kerana mencintai sembahyang berjemaah)
4. Dua laki-laki yang berkasih-kasihan antara satu dengan yang lain kerana Allah, berhimpun keduanya kerana Allah dan berpisah keduanya kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang menyeru akan dia oleh seorang perempuan yang berkedudukan tinggi dan elok rupanya (untk melakukan kejahatan zina) maka berkata ia aku takut akan Allah.
6. Seorang laki-laki yang memberi sedekah maka menyembunyikan akandia seolah-olah tangan kanan tiada ketahui apa yang diberikan oleh tangan kiri
7. Seorang laki-laki yang mengingati Allah pada ketika sunyi sehingga mengalir air mata dari kedua matanya (kerana takut akan Allah Taala)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dan Ahmad dan lain-lain.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN BERIBADAH DIBULANNYA UNTUK SELURUH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA DARI NISA' TAMBUN
Saturday, August 07, 2010
HADITH-7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 3:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment