CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Tuesday, July 20, 2010

IFTAR AJK NISA’ TAMBUN: MENYATU HATI MENYIMPUL SILATURAHIM

Alhamdulillah wa syukurlillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. dengan izinNYA AJK NISA’ Tambun dapat membaja ukhuwah dan merasai nikmat mahabbah melalui program Iftar AJK Nisa’ Tambun yang telah diadakan pada 19 Julai 2010 di Taman Chemor Idaman. Sungguh terasa manisnya ukhuwah yang didasari atas nawaitu lillahitaala.
Emm..sungguh menyelerakan juadah yang dibawa oleh masing-masing. Tidak kira juadah itu hasil daripada air tangan sendiri atau ready made! Majlis dimulakan dengan zikir sambil menanti waktu berbuka. Terasa tenangnya hati. Allahuakbar Allahuakbar!!!Allahummalakasumna….buah tamar segera dicapai. “Ana suap tamar ke enti ye..”masing-masing sibuk bertukar suapan tamar ke mulut sahabat-sahabat..Subhanallah..indahnya ukhuwah…! Juadah kuih dan bubur dijamah serba sedikit sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah. Usai solat haa..masa makan nasi pula! “Ingat suapan pertama daripada sahabat..” ada yang mengingatkan…Hemmm…sambil makan sempat juga meeting ringkas program bowling 1 Ogos nanti.. Bertukar petua dan tips kesihatan pun yaa…kurangkan kolesterol, kurangkan ais…bla..bla..bla.. macam-macam ada..!
Mesyuarat bowling diteruskan dengan semakan tugas dan memperkemaskan gerak kerja..Semoga program ini berjalan dengan lancar nanti.Amin. Salam mahabbah mengakhiri pertemuan kami sebelum pulang ke destinasi masing-masing.
Indahnya ukhuwah bila berkasih sayang keranaNYA.

Menunggu waktu berbuka..


"Alhamdulillah..rezeki Allah kurniakan hari ini.

Emm..sedapnya tomyam..!


"Time to eat nasi + tomyam + kari daging + lemak labu..pehh! kecur liur yunggg...


Allahuakbar Allahuakbar...Allahummalakasumna...."Meh sini nak suap!."


"Suapan pertama daripada sahabat ye." "Ok, meh sini nak suap.."

Indahnya ukhuwah jika berkasih sayang keranaNYA

0 comments:

Related Posts with Thumbnails