Terima kasih kepada kerajaan negeri perak kerana mengadakan program semarak Ramadan.
Macam tak percaya, di bumi
Waktu tamat, standard dengan masjid lain. Pukul 10.30 habis. Tak le membebankan.
Yang canggihnya, setiap malam, tazkirah akan diisi oleh ustaz yang power-power.
Ustaz yang bekerja, berjuang.
Bukan kategori ustaz yang ceramah, dapat angpow, balik.
Ustaz yang sanggup kata benar walaupun pahit.
Bukan ustaz yang takut-takut.”karang depa tak jemput aku ceramah masjid.kurang le income teman.”
Yang sedihnya, ngape program baik seperti ini tidak diwarwarkan dalam radio perak? Rakyat Perak berhak menikmati kemudahan dan program yang disediakan untuk mereka. Apatah lagi yang fakir miskin. Sekurang-kurangnya tiap malam boleh makan free.dapur kume dah seminggu tak berasap.almaklum makan free tiap-tiap malam.
Yang ramai anak, lagi-lagi le kume galakkan datang. Tempatnya luas. Mudah anak-anak main. Keselamatan pun terjamin. Tiap-tiap malam ada je yang sukarela jadi baby sitter. Ibu-ibu boleh solat dengan tenang.
from: kak cho
0 comments:
Post a Comment