CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Tuesday, July 12, 2011

JOM SERTAI BOWLING NISA'!! Bersukan sambil berhibur~

Tuesday, June 28, 2011

WATCH OUT!! CAMPUS LIFE VIEW ON 26 JUNE 2011 IN UTP



Sesi Ice-Breaking!! Adik-adik exited berkenal-kenalan!






Tour Around Campus!! Wah kecian adik-adik ke hulu ke hilir cari check point.. Siap ada yang sesat tu.. tapi worth kan dapat tengok bangunan-bangunan di UTP!






Ni pula aksi adik-adik ketika modul SALAH SIAPA.. Bukan main lagi adik-adik berbahas!! memang semua hebat-hebat!







Adik-adik menghayati slot refleksi diri dari ketua Nisa'..







Adik-adik nampaknya khusyuk dan fokus mendengar motivasi "How to Excel in Campus"..
maklumlah penceramah best!!



Monday, June 27, 2011

KATA-KATA HIMAT UKHTI ADILA : TENTANG REJAB, SYA’ABAN & RAMADHAN

Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH yang maha pengasih dan maha penyayang, yang sentiasa menurutkan rahmat dan kasih sayangNya kepada kita walaupun sering kita mungkiri perintah dan ketetapan yang telah diberikan kepada kita.  Syukur kepada tuan punya alam ini masih lagi diberikan ni’mat iman dan islam.  Ni’mat yang tidak terhingga masih lagi diberikan kesempatan melakukan amal ibadah di bulan rejab, insyaallah jika masih diberikan kesempatan terus meningkatkan amal menanti bulan sya’aban dan juga bulan yang dimuliakan bulan ramadhan.

Bulan Rajab, Sya’ban, dan Ramadhan adalah “bulan-bulan emas” bagi kaum Muslim. Kerana di ketiga bulan itu  segenap rahmat, ampunan, dan “kunci” surga dicurahkan oleh Allah SWT kepada umat Rasulullah saw., sebagimana yang dapat kita lihat dalam petikan hadis-hadis Rasulullah saw. ini:
“Rejab adalah bulan pengampunan bagi umatku, maka perbanyaklah beristigfar di bulan ini, karena Ia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Bulan Rejab juga dinamakan dengan Al Ashab (pelimpahan) kerana pada bulan ini rahmat Allah dilimpahkan kepada umatku.”
“Sya’ban adalah bulanku. Barang siapa berpuasa sehari saja di bulanku ini, ia berhak mendapatkan surga.”
“Wahai manusia! Bulan Allah yang penuh rahmat dan ampunan (bulan Ramadhan) telah datang kepada kalian. Bulan yang merupakan bulan terbaik di antara seluruh bulan di hadapan Allah. Siang harinya merupakan siang hari terbaik, sedangkan malam-malamnya merupakan malam-malam terbaik, dan waktu-waktunya merupakan waktu-waktu terbaik... Tarikan nafas kalian bernilai ibadah. Pada bulan ini, amalan-amalan kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan.”
 
Maka kita digalakkan untuk berdoa agar ALLAH berikan kesempatan kepada kita untuk memperbanyakkan amal dan diberikan kesempatan bertemu lagi dalam bulan Ramadhan insyaallah.
Tiga bulan ini, bulan yang cukup istimewa untuk bersama-sama kita melipat kali gandakan amalan kita untuk menjadi bekalan di sana nanti.  Istimewa ketiga-tiga bulan ini cukup hebat dengan terkandung peristiwa di dalamnya menjadi sejarah yang sungguh menakjubkan.  Pada bulan rejab inilah terjadinya peristiwa yang sungguh meruntun iman iaitu telah ALLAH nyatakan didalam surah isra’ ayat yang pertama iaitu peristiwa isra’ dan mikraj.  Ketika peristiwa inilah ALLAH turunkan perintah untuk mengerjakan ibadah solat yang diwajibkan ke atas umat MUHAMMAD.  Maka diantara iman dan kufur itu hanya dipisahkan oleh solat, bersolat kita beriman, meninggalkan solat kita kufur.  Antara kelebihan bulan rejab adalah awal bulan rejab adalah mustajab doa. Manakala berpuasa sehari di bulan rejab ALLAH ganjarkan dengan mendapat syurga yang tertinggi.  Maka janganlah kita meninggalkan bulan rejab tanpa kita berbuat sesuatu.
Maka ketika tibanya bulan sya’aban dimuliakan dengan nisfu syaaban.  Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
MasyaALLAH hebat sungguh kurniaan pahala ALLAH yang tiada tolak bandingnya untuk memberikan pahala kepada hamba-hambaNYA yang dikasihi.
Setelah berlalu dua bulan yang penuh barakah maka ALLAH lanjutkan pengumpulan pahala pada bulan ramadhan yang penuh barakah.  Maka ketika semua amal ibadah kita di lipat kali gandakan.  Ketika ramadhan dimuliakan ALLAH dengan peristiwa yang cukup hebat nuzul al quran iaitu penurunan al quran kepada manusia.  Maka bulan ramadhan adalah bulan Penghulu segala bulan. Bulan yang dikurniakan oleh Allah dengan anugerah yang besar kepada hamba-Nya. 10 yang pertama adalah kerahmatan, sepuluh yang kedua adalah keampunan dan sepuluh yang ketiga adalah telepas dari azab neraka.
Jadi sementara diberikan kesempatan kepada kita untuk berada dalam ketiga-tiga bulan ini, ambillah ia sebagai satu ruang untuk kita menambahkan amal.
Ayuh nisa’-nisa’, beliawanis, adik-adik remaja perempuan kita ambil kesempatan ini untuk menambahkan amal dalam kehidupan kita.  Jom perbanyakkan berpuasa sunat pada 2 bulan ini rejab dan syaaban.  Kita lipatkan amal di bulan penuh barakah bulan yang mulia bulan Ramadhan, insyaallah.

“Kami bersama beliawanis”

Jangan lupa untuk bersama program nisa’ ihya’ Ramadhan. J

Akhukum fil islam;
Ketua nisa’ tambun
Ukhti Nuradila Mohd Kamal / 25 Rejab 1432H



Monday, June 20, 2011

JEMPUTAN : “MENGENALI MATAWANG SYARIAH”

Baru- baru ini pen ungu dan kawan-kawan pen ungu dalam nisa’ tambun mendapat satu tender untuk mengiklankan satu jemputan seminar dalam blog nisa’ ia nya daripada salah seorang dealer atau pembekal dinar dan dirham. Ini katanya blog nisa’ sangat aktif dan di update, mereka berminat menggunakan blog nisa’ tambun sebagai wadah untuk menyampaikan informasi ini. Pen ungu dan sahabat-sahabat gembira kerana blog nisa’ tambun terpilih, ia telah terbukti menjadi wadah untuk menyampaikan kebaikan kepada orang lain selain nisa’ tambun sendiri  meyediakan informasinya yang tersendiri.  Terima kasih kerana memilih kami. So apa lagi jom kita tengok apa iklannya …………..
MINI SEMINAR DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK
PADA : 26 JUN 2011
MASA : 9.00 PG – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : PUSAT MOTIVASI AT-TAQWA TAMAN MERU 2B, IPOH
BAYARAN : RM5.00 SAHAJA
ANJURAN : DIRHAM GOLD VENTURES
TALIAN  KHIDMAT PELANGGAN : 012-5065775 ATAU 0134591844
Kepada yang berminat cepat-cepat telefon nombor talian di atas untuk tempahan ke seminar.
"Abu Bakar Ibn Abi Maryam Melaporkan , beliau mendengar Rasulullah bersabda: Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham” (Masnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)"

penulis : Pen ungu dan sahabat2 nisa' / 18 Rejab 1432

Friday, June 17, 2011

TUNDA : CAMPUS LIVE VIEW BERTUKAR TARIKH KEPADA 26 JUN 2011

Halangan dan masalah mengentalkan semangat juang, ujian adalah TEST kesabaran , Usaha bukan penentu kejayaan dan bukan juga akan gagal tetapi itulah NILAIAN apa yang telah kamu lakukan, Semangat itu pengobar untuk tempah kejayaan, Ukhuwah adalah pengubat hadapi semua itu.
Di suatu pagi yang tenang, bunyi mesej memecah ketenangan..ooo mesej dari pengarah menyatakan “Campus live view ditunda” technical problem,,its common problem, that’s some wire not clearly function to run our programe this week so we postpone next week 26th june 2011 (SUNDAY).
For those are registered, good!! But don’t panic (information will be send to you later) and for those not register yet, I like to suggest you lets do it quickly because the space lefted is very limited now..
Any question/problem contact Noradila (0196489450) or Istiazah (0135097728)

Writer : pen ungu 15Rejab1432 

Related Posts with Thumbnails