CALLING FOR REMAJA BERUMUR 16-20 TAHUN YANG BAKAL MELANGKAH KE UNIVERSITI. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE CAMPUS LIFE VIEW. ADIK-ADIK AKAN DIDEDAHKAN DENGAN PERSEDIAAN UNTUK MENJADI PELAJAR UNIVERSITI DAN BAGAIMANA UNTUK MENYESUAIKAN DIRI DENGAN DUNIA BARU DI UNIVERSITI.
Friday, June 03, 2011
CAMPUS LIFE VIEW (LATEST INFO)
Posted by nisa-tambun at 10:11 PM 0 comments
Wednesday, May 25, 2011
TAKZIAH : TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM ULU LANGAT
Tiadalah kerosakan dimuka bumi ini selain dari tangan manusia - tangan manusia .]
Sehebat mana teknologi yang kita mampu adakan untuk menahan nya runtuhan tanah?
Apa hiraki kawalan risiko yang kita mampu lakukan ? Elimination , Isolation , Engginering control ,Administration ?..Segala sesuatu yang terjadi itu telah di takdirkan berlaku ke atas mereka tiada siapa yang dapat menolak.
Pada 22 mei 2011 negara kita dikejutkan dengan Tragedi ngeri dengan kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah anak-anak yatim At-Taqwa Ulu Langat Selangor. Kejadian tersebut meragut nyawa 16 kanak-kanak lelaki yang berumur antara 8tahun hingga 30 tahun. Kesemua mereka adalah penghuni rumah anak yatim tersebut yang sedang melakukan pelbagai aktiviti di bahagian kantin madrasah sebelum kejadian berlaku, kira-kira jam 2.30 petang. walaupun kejadian ini sangat menyedihkan kita semua tetapi ia membawa kita kepada satu hikmah dan pengajaran yang sangast besar kepada semua tentang ajal dan maut tidak kenal sesiapa dan dimana.
Penulis hanya dapat mengatakan mereka mati dalam keadaan husnul khatimah dan suci, insyaALLAH, sudah semestinya pada jam tersebut mereka baru selesai solat zohor berjemaah, makan bersama-sama dan baru selesai menghafal al-quran dan sedang bernasyid, sudah tentu bait-bait lagu nasyid itu mengagungkan ALLAH.. Takziah kepada ahli keluarga mereka.
Untuk yang masih dapat bernafas lagi, Hariini kita harus bersyukur pada ALLAH ,kerana ALLAH masih ingat untuk memberikan kita oksigen, penglihatan, kekuatan, kesihatan, nikmat untuk tersenyum, ketawa, menghidu, mendengar dan sebagainya tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Dengan perasaan syukur , insyaALLAH , Allah akan menambahkan lagi nikmatnya kepada kita.
Sama-sama kita hayati gambar-gambar yang dipaparkan semoga menjadikan kita insan yang lebih bersyukur dan bertakwa kepada ALLAH.
Mangsa yang tertimbus dan sedang dibawa keluar Hanya kelihatan,kepala, tangan mangsa dan mereka bertindih-tindih..amat menyedihkan
Mangsa tersepit kakinya sedang ditarik keluar, mangsa tidak cukup oksigen
Berjaya dikeluarkan tetapi sedang menangis kesakitan
Keluarga mangsa yang meniggal dunia...al fatihah...takziah buat keluarga ini
Mangsa berjaya dikeluarkan tetapi seperti telah pergi..innalillah
Jenazah mangsa yang sedang diuruskan pengebumiannya
Keluarga mangsa serta orang ramai yang sedang berkumpul menguruskan jenazah
Pencarian mangsa-mangsa yang masih tertimbus.insyaALLAH akan diketemui..amin
Posted by nisa-tambun at 4:35 PM 0 comments
Monday, May 23, 2011
GURU
Guru..
Derita mu tiada siapa yang mengerti
Guru..
perit mu tiada siapa yang tahu
Namun hakikat seorang guru itu adalah
Seorang pendidik
Namun hakikat guru itu adalah
Pengenalan sebuah kehidupan
Dalam mencari sebuah kejayaan
Kau gadaikan kehidupanmu demi masa depan
Sebuah bangsa
Guru…
Deritamu tiada siapa ambil tahu
Penatmu, lelahmu tiada siapa yang mengerti
Kau taburkan jasamu demi melihat
Anak bangsamu bukan pengemis jalanan
Bukan juga manusia hina disisi tuhannya
Guru
Peluh yang menitis, penat yang tak terbahagi
Harga sebuah jasa yang kau bayar
Meskipun kadang-kadang perit di pertengahan jalan
Namun kau tetap menjalankan amanahmu
Engkaulah guru
Engkaulah murabbi
Cahaya yang menyinari tanpa henti
Ketua nisa-tambun
Posted by nisa-tambun at 10:41 AM 0 comments
Saturday, May 21, 2011
Monday, May 09, 2011
Nisa' Meriahkan Sambutan Hari Ibu dengan Ais Blended
Perisa-perisa ais blended yang melazatkan
(Butterscot, coklat, vanila, mocha, strawberi, oren, mangga, dragonfruit, kiwi)
Petugas Nisa' sedang membuat persediaan dengan penuh semangat!
Adik-comel menungu ais blended. Semua tak nak berganjak dari kaunter.. ish-ish
Anak ustaz khusyuk tunggu ais blendednya walaupun turn dia lambat lagi. Haihh..
Proses menspecialkan ais blended!
Inilah ais blended mocha.. mmg menggugat selera..
Apa tunggu lagi, hadirkan diri anda ke gerai ais blended Nisa' setiap Ahad
di Pasar Pagi Abdul Rahman Auf Manjoi!
Posted by nisa-tambun at 12:22 AM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)











