SAMA-SAMA SELAMATKAN BUMI!!!
Ozon terdiri daripada tiga molekul oksigen dan amat merbahaya kepada kesihatan manusia. Secara semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmosfera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.
Kepentingan Ozon
Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari.
Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran uv antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran uv.
Sifat ozon
Ozon amat mengkakis dan dipercayai bahan beracun dan bahan cemar biasa. Ozon mempunyai bau yang keras, mencucuk hidung. Ozon juga terbentuk pada kadar rendah dalam udara akibat arus eletrik seperti kilat, dan oleh tenaga tinggi seperti radiasi eletromagnetik.
UV dikaitkan dengan pembentukan kanser kulit dan kerosakan genetik. Peningkatan paras uv juga mempunyai kesan kurang baik terhadap sistem imunisasi haiwan, organisma akuatik dalam rantai makanan, tumbuhan dan tanaman. Penyerapan sinaran uv berbahaya oleh ozon stratosfera amat penting untuk semua hidupan di bumi.
Ozon pada muka bumi
Ozon pada muka bumi terbentuk oleh cahaya lampau ungu yang menguraikan molekul O3 membentuk unsur oksigen. Unsur oksigen ini bergabung dengan molekul yang tidak terurai dan membentuk O3. Kadang-kala unsur oksigen akan bergabung dengan N2 untuk membentuk nitrogen oksida; yang apabila bertindakbalas dengan cahaya mampu membentuk ozon.
Keseimbangan ozon
Jumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon disukat dalam unit Dobson (Du) yang mana, sebagai contoh, 300 Du setara dengan 3 mm tebal lapisan ozon yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut.
Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga. Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah.
ancaman dari kloroflurokarbon (cfc)
Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global.
CFC digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyak, dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.
Hayat bagi CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.
Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 – 25 km, kurang sinar uv diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.
Wednesday, June 30, 2010
PEMANASAN GLOBAL - "BUMI SEMAKIN PANAS!!"
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 3:35 PM 0 comments
Monday, June 28, 2010
Masih berpeluang sertai Misi Ramadhan ke Palestin
SHAH ALAM, 27 Jun: Peluang untuk mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai Misi Konvoi Ramadhan ke Palestin masih terbuka sehingga 20 Julai ini yang merupakan tarikh bermula saringan memilih 60 peserta negara yang akan berada selama lima hari di negara itu.
Mereka akan bersama 300 hingga 500 pembawa bantuan dari seluruh dunia akan bersama rakyat Palestin merasai detik kehidupan dengan berpuasa, berbuka dan bersahur, demikian tegas Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Air Mata Palestin di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini malam tadi bersama seorang aktivis masyarakat selaku jurnalis majalah Sabili dari Indonesia yang juga peneliti isu Palestin yang telah menulis empat buku mengenainya.
"Peserta yang akan ke sana adalah orang yang sanggup mati syahid, mereka yang tidak sampai ke tahap itu dan ingin pulang, awal-awal lagi akan digugurkan ketika pemilihan bermula 20 Julai ini.
"Tiada pihak membiayai mereka, pergi dengan wang sendiri," jelasnya yang berharap konvoi ini akan berjaya menyampaikan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia seperti keperluan perumahan, perubatan melalui jalan darat menerusi Rafah, Mesir setelah gagal melalui jalan laut pada 31 Mei lalu.
Beliau berkata, tiada pihak yang lain termasuk kerajaan yang boleh diharapkan setelah beberapa kali mereka mengkhianati perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut pembebasan negara mereka dari cengkaman zionis Yahudi.
Kerajaan negara ini, jelasnya, telah melakukan khianat seperti membenarkan pemain kriket Israel datang bermain ke sini, memberi laluan kapal Israel untuk berlabuh di Pelabuhan Klang, membina pusat latihan memerangi keganasan di Sepang setelah diminta oleh Amerika dan memgambil penasihat membina imej, APCO yang jelas mempunyai hubungan dengan zionis.
Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berharap umat Islam di negara ini bangkit memberikan sumbangan RM1 juta yang diperlukan bagi menjayakan misi kali ini yang bagi Mapim, mempunyai keyakinan tinggi usaha membebaskan pembebasan Palestin boleh dicapai.
Menurutnya, orang ramai yang berhajat untuk kedua perkara di atas boleh menghubungi Mapim di 24-4-1, Diamond Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur di talian 017-5554828 dan akaun TABUNG GAZA – MAPIM pula di BIMB: 0801301007582.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 12:53 PM 0 comments
Labels: harakahdaily.net
Thursday, June 17, 2010
KEPUTUSAN UPU DAH KELUAR
Nisa' News :- Keputusan UPU dah keluar!!!
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 11:11 PM 0 comments
Monday, June 14, 2010
CHICKEN CHOP
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)
Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 12:14 PM 0 comments
Monday, June 07, 2010
EXPLORACE NISA' TAMBUN MERIAH
Antara peserta yang mendaftar.
Sesi memanaskan badan.
Alhamdulillah program Explorace Nisa' Tambun berjaya dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Sambutan daripada para peserta amat bagus. Mereka begitu bersemangat untuk melaksanakan tugasan yang diberi pada setiap chek point. Ada diantaranya terharu ketika chek point melawat pesakit di hospital. Setiap kumpulan diuji dengan semangat kerjasama untuk menghabiskan setiap tugasan. Para peserta diberi tugasan untuk menyebarkan risalah tentang aurat di sebuah pasaraya di bandaraya Ipoh, kemudian ditugaskan untuk membeli produk halal dan akhir sekali menghadiahkan barangan yang dibeli kepada pesakit di hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Program ini berakhir pada jam 3.30 petang. Semoga program ini akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang dengan yang lebih menarik. Jom pakat-pakat join program nisa' Tambun!!! Kami menanti kehadiran anda semua !!!.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 4:42 PM 0 comments
PENGALAMAN DEME KE GAZA
Salam,
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:
Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah ¦charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 Hamas dan Fatah¦Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim.) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat... SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 11:28 AM 0 comments
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
dari blog : www.idhamlim.blogspot.com
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 9:10 AM 0 comments
Wednesday, June 02, 2010
12 Rakyat Malaysia Selamat kini di Haifa
12 rakyat Malaysia selamat, kini di Haifa | ||
|
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.
Pada kejadian itu, sekurang-kurangnya 20 aktivis pro-Palestin dibunuh manakala puluhan yang lain cedera.
Rakyat Malaysia yang berada di kapal itu adalah sebahagian daripada 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komando Israel.
Mereka dalam misi yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.
Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 10:46 AM 0 comments