Saturday, June 23, 2012
Posted by nisa-tambun at 11:47 AM 0 comments
YAKINLAH BAHAWA ALLAH BERSAMA MUUUU...
MOTIVASI DIRECT DR ALLAH
TERBACA SEBUAH KISAH DARI SAHABAT FACEBOOK SESUATU YANG BOLEH KITA KONGSIKAN BERSAMA, TERIMA KASIH JANG MAIZAN NISA' PAHANG
saat merasakan diri begitu lemah, bingung, tak
terdaya...terasa lelah..lesu...dibuka al-Quran, tepat pd muka surat,
kalam ALLAH mula berbicara:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi
Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih
mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
sebak...tepat terkena pd diri.menusuk tajam.. dan ALLAH berbicara
lagi....
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami
hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya:
keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami
dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami
(supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
ALLAHURABBI....apa lg yg aku perlukan....air mata laju mengalir..dan
ALLAH berbicara lagi...
Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail
dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar.
Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami:
sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh.
SUBHANALLAH....knp??adakah diri ini tdk termasuk dikalangan org2 yg
sabar???kerdilnya diri....tp rahmat NYA bersama2 dgn org yg sabar....dan
ALLAH berbicara lagi...
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun,
ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang
menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan
atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun
menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya
tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci
Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku
adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
Maka
Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan
yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan
selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
ALLAHUAKBAR!!!! ini janji ALLAH.......apa lg yg aku harus
sangkalkan???
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika
ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah
Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan
Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
Maka Kami
perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan
Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak)
baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah
kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan
kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta
gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
LAHAULAWALAQUWATAILLABILLAH.....ENGKAU mengajar ku untuk BERDOA
DGN PENUH HARAPAN, GERUN DAN TAKUT...berdoalah dan teruslah
berdoa....dan DIA berbicara lagi...
Dan (sebutkanlah peristiwa)
perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya (Maryam); lalu
Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan
anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat
manusia.
Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama
yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan
Daku.
(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan
berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya
akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).
ALLAH...ALLAH....inilah janji MU...
Dengan yang demikian,
sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka
tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap
menulisnya.
SEMOGA KITA INI TERGOLONG DI KALANGAN ORG2 YG
BERIMAN...AMEEN, YA ALLAH...AMEEN....
(surah al-anbiya' 83-94)
Posted by nisa-tambun at 11:43 AM 0 comments
Monday, March 19, 2012
Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan
1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Sebuah dewan menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.
2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .
3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .
4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala
Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .
8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .
9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .
10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]
11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .
12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
Perbahasan Hukum
13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.
14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :
a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .
b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .
15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .
Posted by nisa-tambun at 11:19 AM 0 comments
Thursday, March 08, 2012
IKTIBAR KISAH SEMALAM
Posted by nisa-tambun at 6:12 PM 0 comments
Saturday, March 03, 2012
PASIR DAN BATU
Posted by nisa-tambun at 8:44 AM 0 comments