Thursday, September 22, 2011
RESEPI CINTA IBNU ATHAILLAH
Cuaca tika senja ini sungguh indah, sekawan burung riang berterbangan di layar angkasa. Agaknya baru pulang dari mencari rezeki, desis hatiku. Mentari pula mula menyorokkan diri bagi memberikan peluang sinar sang rembulan menjelma...
"Subhanallah banyak sungguh nikmat-Mu. Namun, mengapa manusia masih mendustakan?"
Selang beberapa minit, seruan azan mula berkumandang, sayup-sayup di ruang angkasa menandakan waktu maghrib sudah tiba. Tanpa berlengah ku bawa diriku menghadap Pencipta yang esa. Seusainya solat, ada tazkirah yang disampaikan oleh pak imam. Hatiku berbunga.Sudah lama aku tidak mendengar tazkirah sebegini.Tika itu memoriku mengimbau kenangan indah bersama-sama rakan seperjuangan di alma mater. Rindu sungguh!!! Tajuk yang ingin disampaikan hari ini sungguh menarik, terutamanya kepada golongan remaja seperti aku.Tajuknya, 'Resepi Cinta Ibnu Athaillah'. Ayuh kita selaminya bersama...
Sidang hadirin sekalian, Ibnu Athaillah pernah mengungkapkan dalam kitabnya bahawa tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kesenangan dunia selain rasa takut kita kepada Allah sehinggakan mampu menggetarkan jiwa atau rasa rindu kita kepada Allah yang boleh membuatkan hati kita merana. Ingatlah, kita tidak dapat mengelakkan diri dari disapa hembusan hangatnya cinta. Namun sedarlah kembali, apakah tujuan dan matlamat penciptaan diri kita ini, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Sedarlah wahai pemuda, bahawa cinta pada perempuan yang bukan isteri kita adalah syahwat dan cinta kepada seorang lelaki yang bukan suami kita juga adalah syahwat. Sebaiknya kita keluarkannya daripada hati kita secepat yang mungkin. Usah dibiarkan ia terus mengotori sekeping hati kita. Hati adalah raja yang mentadbir diri kita. Jika baik hati itu, maka baiklah diri kita. Namun jika buruk hati itu, maka buruklah diri kita. Sesungguhnya perasaan itu sukar untuk kita keluarkan atau usir dari dalam diri kita melainkan kita memiliki dua perkara iaitu:-
Pertama: Rasa cinta kita kepada Allah yang luar biasa. Rasa cinta yang menggetarkan dinding hati. Sehingga di hati kita hanya timbul kecintaan mendalam kepada Allah. Cinta kepada yang selain dari-Nya akan lenyap dan terusir dengan sendirinya seperti hembusan angin meniup pepasir di padang tandus.
Kedua: Rasa kerinduan kita kepada Allah yang maha dahsyat, sehingga membuatkan diri kita terpenjara merana. Andai kita berasa merana kerana rindu kita kepada Allah, maka kita tidak mungkin merana kerana cinta kita pada yang lain. Andai fikiran kita sudah sibuk memikirkan Allah maka tiada masanya lagi otak kita ligat berfikir mengenai yang lain.
Wah sungguh menarik kata imam tersebut.Terkesan sungguh sehingga mencecah lubuk dasar hatiku. Sekarang baru ku sedar, bahawa cinta kepada manusia bukanlah seindah yang disangka kerana mungkin akan membawa kepada perpisahan tetapi cinta kepada Allah sudah semestinya kekal abadi. Begitulah tazkirah yang ringkas tetapi meninggalkan sisa positif dalam hatiku. Ingatkan tukang masak saja ada resepi yang hebat rupanya pemikir islam dahulu lebih hebat dan hangat resepinya. Begitulah resepi cinta Ibnu Athaillah, seorang ahli sufi...
Image : google image
Posted by nisa-tambun at 12:31 PM 0 comments
Saturday, August 06, 2011
QURANIC GENERATION - Mari Hayati Ramadhan dengan Ayat-Ayat Suci Al-Quran
"Khas untuk adik-adik remaja perempuan. Mari beramai-ramai untuk menghayati Ramadhan dengan ayat-ayat suci Al-Quran sambil berhalusinasi dengan keindahan alam ciptaan Allah di Kawasan Perkhemahan Air Terjun Kota Raja"
Posted by nisa-tambun at 11:49 PM 0 comments
Sunday, July 31, 2011
HANDSET, BATTERY AND CHARGER
Beberapa kali terdengar bunyi sayu dari handset merah jambu di atas rak buku. Tiada respon. Tiada siapa yang mengakui menjadi pemiliknya. Nisrin yang baru melangkah masuk ke rumah menuju kea rah handset tersebut lantas mengamati tulisan pada skrin bercahaya kuning itu.
“Kesian, battery low rupanya. Ni handset Sakinah kan?” Nisrin bertanya kepada rakan serumahnya, Aisyah.
“Iye. Tapi dia tengah tidur”jawab aisyah. Tangannya sebuk mengeluarkan sekotak kurma yang dibeli oleh Nisrin, dipesan khas untuk ketibaan Ramadhan dua hari lagi.
“Hm, tak pe. Nis tahu kat mana dia simpan chargernya. Biar Nis tolong charge,”
Nisrin menuju kea rah meja Sakinah. Dia membuka laci kedua pada kiri meja lalu mengeluarkan charger hitam dengan wayar yang dililit kemas. Handset itu kemudiannya disambungkan dengan charger kepada punca elektrik. Mata Aisyah merenung jauh kelakuan gadis itu.
“Nis, perasan sesuatu tak?” Aisyah bersuara.
“Apa dia?”
“Bila battery low, kita mesti charge”
“Memanglah. Kenapa?”
“Nanti kita akan sambut Ramadhan kan? Handset, batery dan charger macam manusia, iman dan Ramadhan. Allah kirimkan ramadhan setiap tahun sebagai charger untuk untuk kita charge iman yang low untuk bekalan menghadapi 11 bulan akan datang. Betul tak?”
“Betul jugak tu. Allah kirimkan Ramadhan dengan syaitan terikat dan tawaran pahala yang berkali-kali ganda dengan tujuan supaya hamba-hambanya berebut2 untuk beribadat kepadaNya. Bila ibadat yang dilakukan sempurna zahir dan batinnya, maka terchargelah iman. Masya Allah, hebat perancangan dan kasih sayangNya pada hambanya. Dia tahu kelemahan hamba-hambaNya dan Dia sentiasa membuka peluang untuk hamba-hambaNya kembali padaNya”
“Alhamdulillah. Aisyah fikir, kita mestilah menerima hadiah Allah ni dengan berbesar hati. Macam bila kita bagi hadiah pada kawan kita, kalau kawan kita tak nak terima atau tak menghargai pemberian kita tu, mesti kita sedih kan?”
“Iye. Salah satu tanda berterima kasih atau syukur adalah kita merasai pemberian orang pada kita. Tapi mesti diingat, Allah tak memerlukan kita sebenarnya. Kita yang memerlukanNya. Kalau kita tak sembah Allah, Allah tak rugi sikit pun. Sebaliknya, kitalah yang rugi kerana tak mendekatkan diri kepada Yang Maha Penyayang dan Yang memiliki segala sesuatu di alam buana ini. Kenapa kita mesti berasa gembira bila dekat dengan orang yang famous di dunia ini tetapi kita tak gembira dekat dengan Raja segala raja? Kalau kita dekat dengan Allah Yang Maha Berkuasa, Dia akan sentiasa menjadi pembela dan pelindung kita. Satu lagi, jangan masa Ramadhan sahaja kita charge iman dengan pelbagai ibadat, tapi kita mesti jadikan Ramadhan sebagai bulan yang memotivasikan diri kita untuk terus menghambakan diri dalam bulan-bulan seterusnya. Semoga kita menjadi hamba-hamba yang dikasihiNya”
“Alhamdulillah, dapat ilmu hari ni. Beruntung Aisyah sebab dapat kawan macam Nis, boleh dibawa membincangkan sesuatu yang menambahkan iman”
“Nis jugak beruntung sebab dipertemukan dengan Aisyah. Semoga ukhwah kita membawa ke syurga”Nisrin tersenyum syukur.
Posted by nisa-tambun at 1:29 PM 0 comments
Saturday, July 30, 2011
Kejohanan Bowling Nisa' Tambun 2011 - Tonjolkan Bersukan Mengikut Tuntutan Agama
Nisa' Tambun telah berjaya mengadakan kejohanan bowling tahunan kali ke 5 yang disertai lebih dari 80 orang wanita yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dari 13 hingga ke 40 tahun. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tuntutan yang perlu dipatuhi ketika bersukan seperti pakaian yang menutup aurat, beradap sopan, tidak meninggikan suara dan tiada elemen penipuan untuk mencapai kemenangan.
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta
yang memeriahkan program Nisa' kali ini. Jangan lupa datang lagi tahun depan.
Posted by nisa-tambun at 10:43 PM 1 comments
Tuesday, July 26, 2011
Rehlah Nisa' Tambun 2011 - Menjalin Ukhwah Fillah
Alhamdulillah Nisa' Tambun berjaya berehlah bersama-sama di Sungai Jahang, Gopeng. Rehlah ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah sesama Nisa' tetapi dapat menghayati keindahan alam kejadian Allah S.W.T yang maha berkuasa.
Posted by nisa-tambun at 11:13 PM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)