SAMA-SAMA SELAMATKAN BUMI!!!
Ozon terdiri daripada tiga molekul oksigen dan amat merbahaya kepada kesihatan manusia. Secara semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmosfera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.
Kepentingan Ozon
Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari.
Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242 nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran uv antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran uv.
Sifat ozon
Ozon amat mengkakis dan dipercayai bahan beracun dan bahan cemar biasa. Ozon mempunyai bau yang keras, mencucuk hidung. Ozon juga terbentuk pada kadar rendah dalam udara akibat arus eletrik seperti kilat, dan oleh tenaga tinggi seperti radiasi eletromagnetik.
UV dikaitkan dengan pembentukan kanser kulit dan kerosakan genetik. Peningkatan paras uv juga mempunyai kesan kurang baik terhadap sistem imunisasi haiwan, organisma akuatik dalam rantai makanan, tumbuhan dan tanaman. Penyerapan sinaran uv berbahaya oleh ozon stratosfera amat penting untuk semua hidupan di bumi.
Ozon pada muka bumi
Ozon pada muka bumi terbentuk oleh cahaya lampau ungu yang menguraikan molekul O3 membentuk unsur oksigen. Unsur oksigen ini bergabung dengan molekul yang tidak terurai dan membentuk O3. Kadang-kala unsur oksigen akan bergabung dengan N2 untuk membentuk nitrogen oksida; yang apabila bertindakbalas dengan cahaya mampu membentuk ozon.
Keseimbangan ozon
Jumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon disukat dalam unit Dobson (Du) yang mana, sebagai contoh, 300 Du setara dengan 3 mm tebal lapisan ozon yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut.
Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga. Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah.
ancaman dari kloroflurokarbon (cfc)
Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global.
CFC digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyak, dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.
Hayat bagi CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.
Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 – 25 km, kurang sinar uv diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.
Wednesday, June 30, 2010
PEMANASAN GLOBAL - "BUMI SEMAKIN PANAS!!"
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 3:35 PM 0 comments
Monday, June 28, 2010
Masih berpeluang sertai Misi Ramadhan ke Palestin
SHAH ALAM, 27 Jun: Peluang untuk mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai Misi Konvoi Ramadhan ke Palestin masih terbuka sehingga 20 Julai ini yang merupakan tarikh bermula saringan memilih 60 peserta negara yang akan berada selama lima hari di negara itu.
Mereka akan bersama 300 hingga 500 pembawa bantuan dari seluruh dunia akan bersama rakyat Palestin merasai detik kehidupan dengan berpuasa, berbuka dan bersahur, demikian tegas Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Air Mata Palestin di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini malam tadi bersama seorang aktivis masyarakat selaku jurnalis majalah Sabili dari Indonesia yang juga peneliti isu Palestin yang telah menulis empat buku mengenainya.
"Peserta yang akan ke sana adalah orang yang sanggup mati syahid, mereka yang tidak sampai ke tahap itu dan ingin pulang, awal-awal lagi akan digugurkan ketika pemilihan bermula 20 Julai ini.
"Tiada pihak membiayai mereka, pergi dengan wang sendiri," jelasnya yang berharap konvoi ini akan berjaya menyampaikan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia seperti keperluan perumahan, perubatan melalui jalan darat menerusi Rafah, Mesir setelah gagal melalui jalan laut pada 31 Mei lalu.
Beliau berkata, tiada pihak yang lain termasuk kerajaan yang boleh diharapkan setelah beberapa kali mereka mengkhianati perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut pembebasan negara mereka dari cengkaman zionis Yahudi.
Kerajaan negara ini, jelasnya, telah melakukan khianat seperti membenarkan pemain kriket Israel datang bermain ke sini, memberi laluan kapal Israel untuk berlabuh di Pelabuhan Klang, membina pusat latihan memerangi keganasan di Sepang setelah diminta oleh Amerika dan memgambil penasihat membina imej, APCO yang jelas mempunyai hubungan dengan zionis.
Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berharap umat Islam di negara ini bangkit memberikan sumbangan RM1 juta yang diperlukan bagi menjayakan misi kali ini yang bagi Mapim, mempunyai keyakinan tinggi usaha membebaskan pembebasan Palestin boleh dicapai.
Menurutnya, orang ramai yang berhajat untuk kedua perkara di atas boleh menghubungi Mapim di 24-4-1, Diamond Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur di talian 017-5554828 dan akaun TABUNG GAZA – MAPIM pula di BIMB: 0801301007582.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 12:53 PM 0 comments
Labels: harakahdaily.net
Thursday, June 17, 2010
KEPUTUSAN UPU DAH KELUAR
Nisa' News :- Keputusan UPU dah keluar!!!
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 11:11 PM 0 comments
Monday, June 14, 2010
CHICKEN CHOP
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)
Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 12:14 PM 0 comments
Monday, June 07, 2010
EXPLORACE NISA' TAMBUN MERIAH
Antara peserta yang mendaftar.
Sesi memanaskan badan.
Alhamdulillah program Explorace Nisa' Tambun berjaya dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Sambutan daripada para peserta amat bagus. Mereka begitu bersemangat untuk melaksanakan tugasan yang diberi pada setiap chek point. Ada diantaranya terharu ketika chek point melawat pesakit di hospital. Setiap kumpulan diuji dengan semangat kerjasama untuk menghabiskan setiap tugasan. Para peserta diberi tugasan untuk menyebarkan risalah tentang aurat di sebuah pasaraya di bandaraya Ipoh, kemudian ditugaskan untuk membeli produk halal dan akhir sekali menghadiahkan barangan yang dibeli kepada pesakit di hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Program ini berakhir pada jam 3.30 petang. Semoga program ini akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang dengan yang lebih menarik. Jom pakat-pakat join program nisa' Tambun!!! Kami menanti kehadiran anda semua !!!.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 4:42 PM 0 comments