Apakah hari ini kita dapat menjalani hidup dengan penuh sempurna
Adakah kita dapat melalui hari-hari yang telah berlalu dengan penuh ketenangan
Adakah kita merasa bahagia pada saat ini atau berdukacita
Jika kita merasa sedih atau berdukacita ingatlah firman Allah ini:
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”
(Surah Ali-‘Imran, 3:139)
Benarlah firman Allah yang tidak ada keraguan padanya…
Jika kita benar-benar beriman, kita tidak akan merasa sedih dan berdukacita kerana kita mempunyai misi dan matlamat yang hendak dicapai iaitu menuju keredhaan Allah…
Kita tidak akan mendapat keredhaan Allah tanpa berjuang berusaha untuk mendapatkannya…
Sebenarnya perjuangan tidak pernah senang…
Perjuangan ini penuh dengan onak, duri dan ranjau yang berliku…
Jalan para pejuang memang tidak pernah senang dan sentiasa diuji kerana matlamat yang akan dicapai sangat manis tak mampu diucapkan dengan kata-kata…
Janganlah bersedih kerana dengan sebab yang kecil kita menjadi lemah semangat, putus asa dan tidak bermaya…
Bangunlah wahai umat dari lenamu yang masih dibuai mimpi-mimpi indah yang dapat dinikmati hanya seketika sahaja…
Tuesday, April 06, 2010
JANGAN BERSEDIH
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 4:19 PM 0 comments
Labels: Diambil dari virtualfriends.net
Thursday, March 18, 2010
TAHNIAH NISA' CEMERLANG SPM!!!
GAMBAR HIASAN : 2 orang Nisa' Tambun cemerlang SPM
salam wbt..
Ape khabar sahabat-sahabat nisa' dan nisa' tambun semua..semoga dalam limpah dan kurniaan ALLAH sentiasa
Alhamdulillah, baru lapang dan berkesempatan untuk post tulisan ini..
keputusan peperiksaan 2009/2010 tahun ini nisa tambun mencipta sejarah, 2 orang nisa' berjaya mendapat keputusan cemerlang SPM , iaitu adik nur Aini Binti khalifah yang lebih dikenali anak kepada umi zuhairah dan anak En Ramdan, minta maaf saya x dapat detail tentang adik ini.
Kedua-dua adik nisa' ini di anugerahkan oleh ALLAH kecemerlangan SPM 10A+ ,yang mana boleh menjadi contoh kepada adik-adik yang bakal menempa SPM akan datang. Seorang muslimah yang bertudung labuh, berkarakter muslimah yang solehah, akhlak yang bagus bukan penghalang untuk mendapat kejayaan dalam pelajaran.
Sebelum ini kita mendengar adik Nik Nur Madihah ( Maahaad Muhammadi kelantan) cemerlang dengan 20 A, tahun ini pelajar dari sekolah yang sama iaitu adik Nur hasyimah ( jika tidak silap ) pelajar cemerlang mendapat 15A+. Kedua-dua pelajar ini mempunyai karakter akhlak muslimah yang baik , dan mengamalkan kehidupan seorang muslim. ini merupakan satu pakej bonus yang dimiliki oleh pelajar yang telah dinobatkan pelajar cemerlang akdemik juga sakhsiah mereka..
Insya Allah, nisa' akan melakukan temubual bersama adik nur aini dan seorang lagi untuk mengetahui resepi kejayaan mereka mendapat 10A dalam SPM.
tahniah untuk kedua - dua adik yang cemerlang SPM ini, untuk nisa' yang lain yg telah mencipta kecemerlangan SPM tetapi tidak diwar2kan, bukan lah sengaja dilakukan tetapi kemungkinan tiada maklumat tentang adik-adik untuk diwar-warkan.
wallahua'lam, semoga kehidupan hari ini lebih baik dari semalam :)
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 4:39 PM 0 comments
Thursday, March 11, 2010
Esok berpuasa, solat istisqa Jumaat ini
Esok berpuasa, solat istisqa Jumaat ini
25 Rabiulawal 1431H Rizal Tahir KOTA BHARU, 10 Mac: Ekoran keadaan kemarau yang agak luar biasa yang kini dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis solat sunat istisqa.Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, solat sunat berkenaan yang bakal diadakan Jumaat ini, bertujuan supaya Allah menurunkan hujan.Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.
25 Rabiulawal 1431H Rizal Tahir KOTA BHARU, 10 Mac: Ekoran keadaan kemarau yang agak luar biasa yang kini dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis solat sunat istisqa.Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, solat sunat berkenaan yang bakal diadakan Jumaat ini, bertujuan supaya Allah menurunkan hujan.Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.
Menurutnya, amalan solat tersebut telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebelum ini untuk tujuan yang sama.“Untuk mendapat rahmat di samping mengharapkan permohonan kita diterima Allah, esok saya seru semua rakyat Kelantan yang beragama Islam supaya bersedekah banyak-banyak di samping berpuasa sunat.“Saya sendiri akan berpuasa esok hari, insya Allah dan akan bersedekah juga sekadar kemampuan yang ada pada saya kepada fakir miskin, insya Allah,” ujarnya.
Beliau memberitahu, Jumaat ini, rakyat Kelantan hendaklah hadir pada majlis itu selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Jelasnya, selain menunaikan solat sunat istisqa itu, beliau sendiri akan menyampaikan tazkirah mengenai pengertian solat itu berdasarkan hadis-hadis Rasulullah.Sambungnya lagi, solat sunat berkenaan akan diadakan kira-kira pukul 8.30 pagi, iaitu selepas tazkirah.Sehubungan itu, kuliah agama di Medan Ilmu dibatalkan yang digantikan dengan solat sunat dan tazkirah di perkarangan stadium.
Beliau bagaimanapun memberitahu, program solat sunat tersebut akan turut diadakan secara berperingkat di setiap kawasan dalam negeri ini.Menurutnya, program itu akan diatur sendiri oleh penganjur di peringkat kawasan, bagaimanapun beliau juga akan hadir sekiranya dijemput.“Saya setuju benar sekiranya solat sunat ini diadakan di seluruh Kelantan, pandai-pandailah nak buat ikut zon ke,” ujarnya.Tuan Guru berkata, biarpun Kelantan tidak begitu kritikal menghadapi masalah air, bagaimanapun kemerosotan air sama ada di sungai dan telaga, agak ketara akibat cuaca terlalu panas.Menyentuh tentang keperluan berjimat menggunakan air tidak seharusnya berlaku sewaktu musim kemarau, sebaliknya sepanjang masa sebagaimana mengikut ajaran Islam.
Tambahnya, rakyat Kelantan yang sudah terbiasa dengan air banyak, menyebabkan mereka menggunakan daripada yang sepatutnya.“Saya selalu menyebut Nabi Muhammad s.a.w. mengambil wuduk hanya secupak air, dan mandi segantang air,” ujarnya.Menurutnya, amat tidak wajar membazir air, sedangkan untuk mendapatkan bahan tersebut mengikut kaedah sains begitu sukar sekali.Mengikut ahli sains dunia akan berperang kerana air kemudian hari nanti kerana kekurangan bahan itu sebagaimana sekarang berperang kerana minyak.Kerana itu, tambahnya manusia wajib menjaga keperluannya demi untuk kegunaan masa panjang.
Menyentuh tentang catuan air pula, beliau memberitahu Kelantan tidak sampai ke peringkat itu.Bagaimanapun, sambungnya catuan air bukan sewaktu ketiadaan air semata-mata, sebaliknya kerana Islam sendiri menggalakkan menjimatkan penggunaan air.“Contohnya penggunaan air di masjid-masjid yang perlu benar berjimat, apa lagi bil airnya dibayar oleh pihak masjid sendiri dengan menggunakan wang sumbangan derma orang ramai.“Kalau kita membazir bermakna kita membazir harta orang ramai,” ujarnya.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 11:03 AM 0 comments
Thursday, March 04, 2010
PROGRAM PELANCARAN TEEN CIRCLE MERIAH
ok jumpa lagi!!!
Ukhwah kekal hendaknya
Sesi ceramah

"ikut akak buat ye adik2 ha lapan lagi..."

Nisa' tetap di hati...

Nisa' tetap di hati...
Peserta bersenam

Team nisa bersama Puan Zuhairah
Alhamdulillah pelancaran teen circle selamat dilaksanakan pada 20 februari yang lalu bertempat di Ulu Chepor. Macam-macam aktiviti yang dilakukan. Peserta perlu mendaki ke tempat program. Sampai di tempat program ditambahkan lagi dengan senaman fuh memang pecah peluh la. Terima kasih kepada Puan Zuhairah kerana sudi merasmikan program ini dan tahniah jugak kepada AJK Nisa' Tambun yang menjayakan program ini.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 9:41 PM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)