Tuesday, December 29, 2009
JOM JENGAH ISU PENDIDIKAN
KENYATAAN AKHBAR OLEH YBHG. PROF. DATO’ IR. DR. RADIN UMAR BIN RADIN SOHADI KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA MENGENAI KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT BAGI PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SELARAS DENGAN PENGGREDAN BARU SPM OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MULAI SESI AKADEMIK 2010/2011
1. Sukacita dimaklumkan kaedah pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.
2. Kaedah Pengiraan Markah Merit Pelajar bagi kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.
3. Mulai Tahun 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan peringkat kelulusan A+ .
4. Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil 2 kepada kaedah sedia ada. Pengiraan merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut :
GRED SPM DAHULU (Sebelum 2010) = 1A , 2A , 3B ,4B, 5C, 6C , 7D, 8E, 9G ( yg lama )
SEKARANG (Mulai 2010) = A+, A , A- , B+, B, C+, C , D, E, G,( yg baru )
NILAI MARKAH BAGI PENGIRAAN MERIT = 18,16,14,12,10,8,6,4,2,0 ( merit yang dapat ikut gred )
bezanya berubah gred A1 kepada A-,A+,A dan merit yang di beri untuk setiap A tu berbeza iaitu 18 untuk A+,16 untuk A, 14 untuk A- ( PENERANGANNYA )
5. Kaedah pengiraan markah merit yang dilaksanakan ini juga mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian dengan memastikan bahawa pelajar yang dahulunya mendapat gred 6C (Kepujian) tidak diturun taraf ke gred yang lebih rendah serta mengelakkan perubahan besar dalam syarat khas program pengajian yang perlu mendapat kelulusan Senat IPTA.
6. Justeru itu, pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti , syarat khas program pengajian serta pemilihan calon bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia 3 ada bagi calon Lepasan SPM Tahun 2008 dan sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon Lepasan SPM Tahun 2009 (Semasa). Kaedah ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar bukan tahun semasa mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan ke IPTA berasaskan dasar sedia ada.
7. Pengiraan markah merit calon yang merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit adalah seperti di Lampiran 1.
8. KPT bersetuju untuk mengadakan road show taklimat kepada Guru Bimbingan & Kaunseling mengenai perubahan kaedah pengiraan markah merit dengan mengguna pakai sistem penggredan baru SPM 2009 bagi proses pemilihan kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011.
9. KPT juga akan mengemas kini maklumat mengenai kaedah pengiraan markah merit terkini melalui cetakan dan agihan brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah. Maklumat ini juga akan disebarluaskan melalui laman web KPT, KPM, Laman Web rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my, MyGoverment dan IPTA.
10. Pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini juga akan disebarluaskan melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 anjuran KPT dengan kerjasama KPM mulai minggu pertama Januari hingga akhir Mac 2010 di 10 zon terpilih seluruh negara.
11. Pelaksanaan dasar baru kaedah pengiraan markah merit Lepasan SPM adalah selaras dengan sistem penggredan baru oleh KPM akan disebarluaskan kepada kumpulan sasaran seperti pelajar, ibu bapa, guru, masyarakat dan stake holder KPT serta diberi keutamaan bagi memastikan maklumat yang tepat dan terkini disampaikan kepada kumpulan sasaran.
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Oktober 2009
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 12:51 PM 0 comments
Saturday, December 19, 2009
YOU ARE BEAUTIFUL PEMBUKA 1431H, PENUTUP 2009
Pada 20 Disember 2009 yang lalu nisa tambun telah mengadakan program you are beautiful yang telah berjaya menarik belia wanita dan para ibu untuk turut serta di dalam program. Pelbagai ilmu yang diperoleh melalui program ini. Diharap segala apa yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah Insyallah.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 5:19 PM 0 comments
Friday, December 18, 2009
ADIK MOHD NIZAM DI ICU
Assalamualaikum wbt..
oleh News nisa'
'
TAMBUN: Terkini adik Mohd Nizam 13 tahun, salah seorang peserta Kem Insan Rabbani kali pertama bulan mei 2009 telah dimasukkan ke wad emergency 7B Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh lewat subuh 1 muharam 1431H. Adik ini baru disahkan menghadapi masalah kencing manis dan sekarang masih belum sedar diri sepenuhnya. Adik nizam lebih dikenali sebagai penghulu kepada peserta yang mengikuti program Insan Rabbani mei 2009 di SRATI, diharapkan sahabat, rakan2 serta saudara-saudara seislam bersama-sama berdoa dan solat hajat kepada ALLAH agar adik nizam sedar semula dan dapat sihat seperti sediakala. Allahua’lam
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 9:14 PM 0 comments
Thursday, December 17, 2009
Sunday, December 13, 2009
SYABAS NISA!! DEKAT DI HATI
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami ( Nisa' ) untuk bersama-sama membantu Islam.
syabas dan tahniah buat ahli jawatankuasa nisa' yang bertungkus lumus menjayakan 2 program besar dalam tempoh 1 minggu iaitu Majlis makan malam kawasan Tambun 9hb 12.2009 yang mana diamanahkan untuk menyediakan multimedia untuk malam tersebut dan menjadi urusetia serta fasilitator bagi program tarbiyah dan pengkaderan anak-anak pas ( PROTAPAS )pada 11 - 13 disember 2009 selama 3 hari di SRATI. Terima kasih diucapkan kepada pimpinan tinggi yang memberi kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada nisa'.
siapa kata muslimat tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang baru bagi merubah masa hadapan, hanya ALLAH yang maha mengetahui dan maha besar atas kekuatan dan kebesaran
nikmat yang diberikan..Alhamdulillah dan syukur kepada ALLAH. :-)
Disini kami sisipkan aktiviti yang sempat kami rakamkan sepanjang program tarbiyah anak-anak dan perkaderan anak-anak pas khas daripada fasilitator yang memainkan peranan dan tanggungjawab menerapkan nilai2 ISLAM di dalam diri peserta.
syabas dan tahniah buat ahli jawatankuasa nisa' yang bertungkus lumus menjayakan 2 program besar dalam tempoh 1 minggu iaitu Majlis makan malam kawasan Tambun 9hb 12.2009 yang mana diamanahkan untuk menyediakan multimedia untuk malam tersebut dan menjadi urusetia serta fasilitator bagi program tarbiyah dan pengkaderan anak-anak pas ( PROTAPAS )pada 11 - 13 disember 2009 selama 3 hari di SRATI. Terima kasih diucapkan kepada pimpinan tinggi yang memberi kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada nisa'.
siapa kata muslimat tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang baru bagi merubah masa hadapan, hanya ALLAH yang maha mengetahui dan maha besar atas kekuatan dan kebesaran
nikmat yang diberikan..Alhamdulillah dan syukur kepada ALLAH. :-)
Disini kami sisipkan aktiviti yang sempat kami rakamkan sepanjang program tarbiyah anak-anak dan perkaderan anak-anak pas khas daripada fasilitator yang memainkan peranan dan tanggungjawab menerapkan nilai2 ISLAM di dalam diri peserta.
Makan didalam talam bersama
Treasure hunt
Regangan di pagi dan petang hari
Kuliah muhasabah bersama ust.fairuz hafis
Doa wehdah yang diketuai oleh akhi syaila
Bergambar bersama peserta lelaki dgn urusetia juga VIP
sekian...
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 10:12 PM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)