CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Wednesday, November 18, 2009

IBU ATAU PASANGAN?

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu



Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku

Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine...Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu........Aku ingat pasanganku

Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila....Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku



Renungkan :-

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah

Saturday, November 14, 2009

SEMOGA SYUHADA CEPAT SEMBUH

ASSALAMUALAIKUM....
KESYUKURAN YANG INFINITI NILAINYA DITUJUKAN KEPADA PENCIPTA ALAM INI IAITU ALLAH YANG MAHA PEMURAH MAHA PENYAYANG

Sesungguhnya setiapapa yang berlaku tidak akan terjadi tanpa izin dari Allah.
Begitu juga dengan kemalangan yang menimpa seorang sahabat Nisa'Tambun pada minggu lepas dan diharapkan agar syuhada tabah hadapi ujian Allah,sesungguhnya beruntunglah orang orang yang menerima ujian sebagai salah satu langkah mengeratkanlagi hubungan kita dengan Allah.Syuhada telah patah tangan kiri dan kini berada di Kelantan bersama keluarga.semoga semua pengunjung blog ini dapat mendoakan kesihatan dan cepat sembuh kepada Syuhada,Disini juga ingin mengucapkan kepada semua yang telah datang ke Hospital permaisuri Bainun Ipoh untuk menziarahi beliau.Admin sempat menziarahi beliau,Alhamdulillah sudah stabil cuma memerlukan rawatan seterusnya.Kepada Syuhada moga ujian ini sebagai cabaran untuk terus lalui liku liku kehidupan.

Tuesday, November 03, 2009

PROGRAM BOWLING NISA'TAMBUN

JEMPUT BERAMAI-RAMAI MENYERTAI PROGRAM BOWLING ANJURAN NISA' TAMBUN

JANGAN TUGGU LAGI REBUTLAH PELUANG INI!!!

Thursday, October 22, 2009

Bermatlamat Tangga Kejayaan



Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.

Matlamat memudahkan perancangan.

Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya!!!

Matlamat membantu anda membuat keputusan.

Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!!

Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan.

Apabila anda mempunyai matlamat, anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa pensyarah setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak anda fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Matlamat pengukur kejayaan.

Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya anda telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang maka anda dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna.
Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat anda tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.



Mutiara kata:- “Bukanlah tuan gurumu itu seorang yang hanya kamu mendengar daripadanya, tetapi tuan gurumu yang sebenar ialah yang mana kamu telah mengambil ilmu daripada pengamalannya…” (Imam Ghazali)

Saturday, October 17, 2009

SAMPAI BILA NAK BIARKAN GADIS PENAN DIROGOL


Senyap. Sepi. Sunyi. Tiada pembelaan. Tiada kelab penyokong. Tiada segalanya. Itu lah nasib para gadis Penan yang terlibat dalam penganiyaan oleh pembalak-pembalak di Sarawak. Agak melucukan kerana perkara sebegini seolah tiada harga di mata kita. Yang menghantar memorandum hanya 5-6 batang sahaja. Tidak seramai membantah ISA.

Kecoh. Bising. Meriah. Penuh pembelaan. Ada kelab penyokong. Ada segalanya. Itu lah tuah Kartika. Dihukum rotan kerana disabit kesalahan minum arak. Kecoh apabila si pejuang hak asasi manusia mempertikai jenis hukuman dan juga jantina pesalah.

Sangat beruntung si Kartika. Semua pihak mahu membela. Semua pihak mahu melawat. Macam pejuang Islam pula. Terbaru, sebuah persatuan mahasiswa melancarkan Kelab Penyokong Kartika. Apa kah tujuan sebenar ditubuhkan tak tahu lah. Mungkin tekanan akibat bahang “final exam” yang menghampiri.

Sudah menjadi kebiasaan bagi manusia untuk gagal menilai keutamaan dalam kehidupan. Mahasiswa juga termasuk dalam golongan ini. Agak malang bagi kita golongan mahasiswa apabila sering kali tersilap letak di mana keutamaan yang sebenar.

Kita gila berpolitik, gila berhibur, gila belajar, gila segalanya. Hingga lupa dunia. Tidak salah berpolitik. Tak dilarang hendak berhibur. Bagus jika suka belajar. Tapi haruslah tahu susun atur keutamaannya.

Dalam konteks perjuangan membela rakyat, penulis agak kecewa dengan kesunyian dan kesepian dari pihak Gerakan Mahasiwa yang seakan gagal untuk memainkan peranan dalam membela nasib gadis Penan. Mungkin jika ditanya, ramai yang tak tahu apa sebenar isu gadis Penan ini. Semua sibuk dengan Bagan Pinang, Kartika, dan sebagainya.

Hendak dikatakan faktor geografi, mustahil kerana sekarang kita ada internet. Ada blog. Ada segalanya. Tapi, kita tetap gagal mengambil tahu tentang isu ini. Apatah lagi untuk memperjuangkan isu ini.

Kenapa isu ini lebih penting dari Kartika?

Isu Kartika hanyalah sebuah kontroversi murahan yang juga memalukan mahkamah Syariah di Negara kita. Isu sebat ini bukan baru. Sudah lama. Dulu dua beradik disebat kerana minum arak. Apa nak dikecohkan sangat?

Nun jauh di Sarawak isu lebih besar menanti untuk dihebohkan. Gadis Penan sudahlah majoritinya tidak berpendidikan, tiada kad pengenalan, tiada segalanya. Mereka ini yang sepatutnya dibela. Kita selaku mahasiswa seharusnya membantu mereka ini. Tidak perlu terbang ke Sarawak. Cukup dengan mengadakan tabung bantuan, unjuk rasa, sidang akhbar, tunjukkan bahawa kita perihatin kepada mereka.

Gadis Penan ini tidak bersalah. Mereka perlu dibela bukan kerana mereka dijatuhkan hukuman sebat kerana berzina. Mereka ini dirogol. Diulangi, mereka ini dirogol! Buta huruf, tiada pengenalan diri, miskin, ditambah pula dengan penganiyaan melampau, sedah cukup bagi kita untuk mengambil tindakan sewajarnya. Tapi, adakah apa-apa tindakan yang diambil?

Buat sayap puteri Gerakan Mahasiswa, tidak cukup kah penganiyaan ini? Tidak cukup hebatkah penganiyaan terhadap kaum wanita dalam kes Penan ini? Kenapa seakan sepi membisu? Bukan kah sayap puteri ditubuh untuk memainkan peranan penting dalam isu wanita? Tapi jika isu sebesar ini boleh dipandang sebelah mata, apa guna lagi sayap puteri?

Kita selalu menghentam puak-puak liberalis, kononnya mereka tidak menghormati mahkamah Syariah dalam isu Kartika. Tapi tahukah anda bahawa Joint Action Group (JAG) adalah antara mereka yang pertama menghulur bantuan buat gadis-gadis Penan? Kita menghentam mereka tapi nampaknya sekarang mereka membuktikan bahawa mereka lebih prihatin tentang isu penganiyaan terhadap wanita daripada kita.

Sekarang, layakkah kita menghentam JAG kerana mempersoal mahkamah Syariah? Kita marah mereka. Ya, itu betul kerana mereka ini tidak menghormati “Legal Pluralisme” yang diamalkan di Negara kita. Tapi, nampaknya sekarang kita sudah ketinggalan satu tapak di belakang mereka.

Membela kaum tertindas itu sifat seorang Muslim. Tapi kenapa Gerakan Mahasiswa Islam gagal membela mereka? Kenapa khayal dalam isu Kartika semata? Hendak dikatakan tak sempat nak tengok, tidak masuk akal juga. Kerana Gerakan Mahasiswa Islam lah yang sering memukul canang mempromosi media alternatif. Isu ini hangat dimainkan di media alternatif. Tapi nampaknya kita masih ketinggalan. Mungkin, ini kerana Kartika itu model. Comel lote. Tapi gadis Penan? Comot…

Jika sudah ada tindakan dari gerakan mahasiswa, maka penulis ucapkan tahniah. Kerana anda buktikan anda tidak tidur dalam berjuang. Kepada yang belum bertindak, bangkitlah dari mimpi.


Oleh: Muhammad Fuad Syazwan bin Ramli
posted by : shamshi

Related Posts with Thumbnails