ZOOM IN NISA'
INSYALLAH NISA' TAMBUN AKAN TURUN KE CAWANGAN
TEMPAT : CHEMOR IDAMAN
TARIKH: 16 MEI 2005
NANTIKAN KEHADIRAN KAMI KE CAWANGAN ANDA,BANYAK AKTIVITI YANG BOLEH DISERTAI
DATANG JANGAN TAK DATANG.....
Friday, May 15, 2009
PROGRAM JEJAK CAWANGAN
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 12:34 PM 0 comments
Monday, May 11, 2009
UCAPAN MANTAN NISA' TAMBUN
Assalamualaikum.
salam ukhuwah untuk semua. tahniah kepada pimpinan baru Nisa' Tambun. especially kak teh, ketua baru:) Moga lebih mantop... lebih steady... lebih best... bla.. bla..bla..
kak co seronok bersama sahabat-sahabat Nisa' Tambun. teamwork yang lebih hebat daripada wonderpet. akan kak co simpan kenangan indah bersama kalian.
paling best, tatkala kak co berkampung di hospital kerana suami masuk icu. setiap hari ada je sahabat2 nisa' yang datang ziarah. jazakumullahu khairan kathira.
buat adik-adik sekitar Tambun, Chemor dan Manjoi yang belum join, cepat daftar Nisa'! Rasai keindahan ukhuwah fillah bersama kami.
luv from,
kak co,
mantan ketua nisa' tambun
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 8:45 PM 0 comments
TALKSHOW " SETITIS AIR MATA IBU "

Pendaftaran dibuka pada jam 8.30pg. 100 peserta terawal akan menerima cenderahati Stiker kereta Nisa. Penyertaan adalah PERCUMA.
Apa yang menarik ialah kami menampilkan 2 orang tokoh yang pakar dalam bidang masing-masing bagi mengupas tajuk bicara kita kali ini. Dijemput kepada seluruh warga Shah Alam khususnya dan rakyat Malaysia amnya ke program kami ini.
Sebar-sebarkan.
Maklumat lanjut sila hubungi: Afiqah 013-528 0385 dan Syuhada 019-991 2151 InsyaAllah jumpa di sana
Daripada nisa_team pusat
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 8:36 PM 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
TAHNIAH NISA' PERAK
Alhamdulillah .setinggi tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya Kontijen Nisa' Perak telah memenangi Johan Keseluruhan pada Nisa' Indoor Games 2009 pada 25 April 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Aziz Syah.Moga tahun depan Nisa' Perak dapat mengulangi kejayaan yang lebih baik.Nisa' Tambun tidak terkecuali dalam menyumbang ke arah kemenangan tersebut.PULON YONG PULON.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 3:01 PM 0 comments
SALAM NISA' 2009
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah s.w.t masih lagi dipanjangkan umur Nisa' Tambun untuk berkhidmat bersama masyarakat,meneruskan lagi aktiviti aktivitinya untuk semua penduduk tambun khususnya dan seluruh Ipoh amnya.Kami dari Team Nisa' Tambun mengharapkan agar semua pengunjung yang sudah mendaftar sebagai ahli atau belum mendaftar sebagai ahli agar dapat memberi kerjasama dan sokongan terhadap segala aktiviti aktiviti yang akan kami laksanakan nanti.
Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan dalam merealisasikan tema atau aobjektif nisa; iaitu
"NISA' CONNECTING YOUTH",Insyallah Jadual aktiviti nisa' tambun akan di paparkan di blog kami ini sebagai kemudahan bagi anda untuk mengetahui semua aktiviti NISA TAMBUN.
Posted by CIK NISA' TAMBUN at 2:32 PM 0 comments