CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Saturday, March 03, 2012

PASIR DAN BATU

Pada suatu hari terdapat dua orang yang bersahabat melalui satu kawasan gurun.
Semasa dalam perjalanan kadangkala mereka saling bertengkar, dan seorang
menampar sahabatnya di muka. Sahabat yang ditampar itu merasa sakit kesan dari
tamparan itu tanpa berkata apa-apa, lantas menulis di atas pasir,
”Pada hari ini sahabat baikku menampar aku di muka”

Mereka terus berjalan sehinggalah berjumpa sebuah oasis. Mereka memutuskan untuk
mandi di situ. Semasa mandi, tiba-tiba sahabat yang ditampar tadi tiba-tiba menjerit
dan mula hendak lemas, lalu sahabatnya tanpa membuang masa terus terjun
menyelamatkannya. Selepas sahabat yang lemas tadi tersedar, dia lalu memahat di
atas batu,

”Pada hari ini sahabat baikku menyelamatkan nyawaku.”
Sahabat yang menampar dan menyelamatkan sahabatnya itu bertanya, ”Selepas aku
menyakiti kau, kau menulis di atas pasir dan sekarang kau memahat di atas batu pula,
kenapa?”

Sahabatnya menjawab,”Apabila seseorang menyakiti kita, kita haruslah menulisnya di
atas pasir, semoga bayu kemaafan akan memadamkan kesan itu. Tetapi jika seseorang
melakukan kebaikan, kita akan memahatnya dia atas batu supaya tiada apa pun yang
akan dapat memadamkannya”.

Tulislah kesakitan Tulislah kesakitan itu di atas pasir, Pahatlah kebaikan di atas batu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails