CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Thursday, March 08, 2012

IKTIBAR KISAH SEMALAM


6 MAC 2012, medapat berita kemalangan yang mana 2 orang sahabat kembali ke rahmatullah, seorang lagi cedera teruk dan berada di hospital dan 2 lagi cedera ringan. Takziah untuk keluarga mangsa.

Innalillahiwainnailaihiroji’un …kuasa Allah maha hebat , tiada daya untuk kita hambanya untuk melawan segala takdir. Moga yang pergi berada di sisi para solihin, yang cedera  di  berikan kekuatan serta rapat dengan Allah serta yang cedera ringan dikurniakan kekuatan menghadapi ujian psikologi. Segala-segalanya ujian yang perlu dihadapi, pasti ada hikmah nya
Sahabat-sahabat disisi mahupun yang jauh tetap mendoakan keadaan antuma ya sahabati dan keluarganya.

Butir bicara yang ingin saya kongsi bukan lah kesedihan, atau kerisauan tetapi hikmah pengajaran setiap yang berlaku. Firman Allah SWT  Kullunafsin za iqatul maut (29 : 57). Setiap yang hidup pasti mati. Ujian kematian pasti dugaan yang hebat buat seorang hamba tatkala ia berlaku dihadapan mata, tetapi renungkanlah, sebenarnya itulah modul keinsafan secara langsung dari Maha pencipta dan Berkuasa.

Yang pergi tidak pernah terfikir untuk pergi di saat itu, yang cedera teruk tidak pernah meminta untuk mendapat kecederaan sebegitu, tetapi apabila ia telah berlaku,  sebagai hamba yang beriman seharusnya kembali kepada penciptanya memohon keampunan, sentiasa merasakan keinsafan kerana Allah memberi peluang untuk kita memohon keampunan. Begitu juga kepada sahabat2 disekelilingnya, walaupun hati berasa sangat berat dengan ujian kehilangan sahabat yang disayangi ia sebagai peluang iktibar kepada diri sendiri dekat dengan ALLAH. Mungkin saat kita pergi nanti lebih teruk atau sebaliknya, wallahua’lam.

Suka saya berpesan kepada diri dan juga sahabat2 diluar sana, buat juga sahabat-sahabat yang  mengalami tekanan dan dihimpit rasa bersalah dengan kejadian tersebut, supaya tidak bertindak melulu, carilah teman untuk luahkan perasaan, bincang lah cara sebaiknya untuk tebus kesalahan jika rasa ianya perlu (bagi saya biar Allah sahaja menjadi hakim dalam hal ini), ujian yang paling manis untuk dihadapi itu akan memberi kan senyuman yang paling manis andai dihadapi dengan tenang serta mendekatkan diri kepada Allah .Cara untuk mendekatkan diri kepada ALLAH ialah dengan berzikir La ilahaillallah, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.  Jangan biarkan syaitan penuhi hati kita dengan hasutan-hasutan jahat, tetapi gapailah piala kejohanan menumpaskan syaitan terkutuk itu dengan manisnya berzikir serta mengingati Allah selalu.

Akhir kalam, ya sahabati dan ahli keluarga mangsa innallahamaassobirin…

kami sentiasa mendoakan serta kesejahteraanmu.

Wallahua’lam
Nisa-Tambun 8 Mac 2012

0 comments:

Related Posts with Thumbnails