CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Sunday, July 31, 2011

HANDSET, BATTERY AND CHARGER

Beberapa kali terdengar bunyi sayu dari handset merah jambu di atas rak buku. Tiada respon. Tiada siapa yang mengakui menjadi pemiliknya.  Nisrin yang baru melangkah masuk ke rumah menuju kea rah handset tersebut lantas mengamati tulisan pada skrin bercahaya kuning itu.

“Kesian, battery low rupanya. Ni handset Sakinah kan?” Nisrin bertanya kepada rakan serumahnya, Aisyah.

“Iye. Tapi dia tengah tidur”jawab aisyah. Tangannya sebuk mengeluarkan sekotak kurma yang dibeli oleh Nisrin, dipesan khas untuk ketibaan Ramadhan dua hari lagi.

“Hm, tak pe. Nis tahu kat mana dia simpan chargernya. Biar Nis tolong charge,”

Nisrin menuju kea rah meja Sakinah. Dia membuka laci kedua pada kiri meja lalu mengeluarkan charger hitam dengan wayar yang dililit kemas. Handset itu kemudiannya disambungkan dengan charger kepada punca elektrik. Mata Aisyah merenung jauh kelakuan gadis itu.
   
“Nis, perasan sesuatu tak?” Aisyah bersuara.

“Apa dia?”

“Bila battery low, kita mesti charge

“Memanglah. Kenapa?”

“Nanti kita akan sambut Ramadhan kan? Handset, batery dan charger macam manusia, iman dan Ramadhan. Allah kirimkan ramadhan setiap tahun sebagai charger untuk untuk kita charge iman yang low untuk bekalan menghadapi 11 bulan akan datang. Betul tak?”

“Betul jugak tu. Allah kirimkan Ramadhan dengan syaitan terikat dan tawaran pahala yang berkali-kali ganda dengan tujuan supaya hamba-hambanya berebut2 untuk beribadat kepadaNya. Bila ibadat yang dilakukan sempurna zahir dan batinnya, maka terchargelah  iman. Masya Allah, hebat perancangan dan kasih sayangNya pada hambanya. Dia tahu kelemahan hamba-hambaNya dan Dia sentiasa membuka peluang untuk hamba-hambaNya kembali padaNya”

“Alhamdulillah. Aisyah fikir, kita mestilah menerima hadiah Allah ni dengan berbesar hati. Macam bila kita bagi hadiah pada kawan kita, kalau kawan kita tak nak terima atau tak menghargai pemberian kita tu, mesti kita sedih kan?”

“Iye. Salah satu tanda berterima kasih atau syukur adalah kita merasai pemberian orang pada kita. Tapi mesti diingat, Allah tak memerlukan kita sebenarnya. Kita yang memerlukanNya. Kalau kita tak sembah Allah, Allah tak rugi sikit pun. Sebaliknya, kitalah yang rugi kerana tak mendekatkan diri kepada Yang Maha Penyayang dan Yang memiliki segala sesuatu di alam buana ini. Kenapa kita mesti berasa gembira bila dekat dengan orang yang famous di dunia ini tetapi kita tak gembira dekat dengan Raja segala raja? Kalau kita dekat dengan Allah Yang Maha Berkuasa, Dia akan sentiasa menjadi pembela dan pelindung kita. Satu lagi, jangan masa Ramadhan sahaja kita charge iman dengan pelbagai ibadat, tapi kita mesti jadikan Ramadhan sebagai bulan yang memotivasikan diri kita untuk terus menghambakan diri dalam bulan-bulan seterusnya. Semoga kita menjadi hamba-hamba yang dikasihiNya”

“Alhamdulillah, dapat ilmu hari ni. Beruntung Aisyah sebab dapat kawan macam Nis, boleh dibawa membincangkan sesuatu yang menambahkan iman”

“Nis jugak beruntung sebab dipertemukan dengan Aisyah. Semoga ukhwah kita membawa ke syurga”Nisrin tersenyum syukur.


Saturday, July 30, 2011

Kejohanan Bowling Nisa' Tambun 2011 - Tonjolkan Bersukan Mengikut Tuntutan Agama

Nisa' Tambun telah berjaya mengadakan kejohanan bowling tahunan kali ke 5 yang disertai lebih dari 80 orang wanita yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dari 13 hingga ke 40 tahun. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tuntutan yang perlu dipatuhi ketika bersukan seperti pakaian yang menutup aurat, beradap sopan, tidak meninggikan suara dan tiada elemen penipuan untuk mencapai kemenangan.
 
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta 
yang memeriahkan program Nisa' kali ini. Jangan lupa datang lagi tahun depan.

Tuesday, July 26, 2011

Rehlah Nisa' Tambun 2011 - Menjalin Ukhwah Fillah

Alhamdulillah Nisa' Tambun berjaya berehlah bersama-sama di Sungai Jahang, Gopeng. Rehlah ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah sesama Nisa' tetapi dapat menghayati keindahan alam kejadian Allah S.W.T yang maha berkuasa.


Friday, July 22, 2011

Warkah Ramadhan dari Ketua Nisa' Tambun

YA RAMADHAN KU NANTIKAN HADIRMU DALAM DEBARAN
Setahun setelah berlalu kini ia tiba lagi menguji cinta buat hamba yang mendambakan cinta kekasih untuk digandakan segala amal pada bulan yang penuh kerahmatan.  Seperti firman ALLAH dalam Surah Al Baqarah 183,
 “Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
Kini Ramadhan kembali lagi setelah setahun ia pergi, penantian setahun Ramadhan ini penuh dengan debaran dan kerinduaan. Masihkah ada lagi ramadhan selepas ini untuk ku kerana kita tidak pasti dengan ketentuan takdir illahi mungkin tidak sempat untuk bertemu RAMADHAN lagi….
Apa yang dinantikan sangat dengan Ramadhan nie…dalam ramadhan ini orang berlumba mencari pahala berganda-ganda, maka yakin benar lah dengan firman allah ini, ALLAH hanya menyebut “Wahai orang-orang yang beriman”, hanya mereka yang mempunyai iman sahaja yang mampu menjalankan tanggungjawab ini.  Maka tidak pelik ler ada segolongan umat MUHAMMAD ini yang tidak berpuasa kerana ketika itu tiada iman didalam diri mereka..
Mari kita renungkan puasa adalah sesuatu yang sangat memerlukan keimanan yang tinggi untuk kita melahirkan ketaqwaan yang tinggi dalam diri yang cukup kerdil di sisi ALLAH ini.  Semoga setiap kali kita berpuasa mengharapkan ALLAH bersama kita, kita menjaga semua perkara yang boleh menyebabkan pahala menjadi kurang.
Ramadhan merupakan penghulu segala bulan yang sangat besar anugerah yang ALLAH berikan kepada kita.  Dalam bulan ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian dimana 10 yang pertama adalah kerahmatan dari ALLAH, 10 hari yang kedua adalah ni’mat keampunan dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA, dan 10 hari yang terkahir adalah terlepas dari azab neraka.
Ayuh beliawanis islam jangan biarkan RAMADHAN itu berlalu tanpa kita berbuat apa-apa.  Masa inilah kita menambahkan azam kita untuk mendapat pahala berganda yang ALLAH anak ganjarkan kepada hamba-hambaNYA.  
Jom kita cuba buat target untuk RAMADHAN kali ini agar kita ada persediaan yang lebih rapi lagi…Insyaallah bermula nyer malam 31 Julai ini maka bermulalah hari pertama kita untuk menunaikan solat tarawih, solat yang tidak ada pada bulan yang lain selain RAMADHAN.  Azamkan dalam diri moga tarawih menjadi aktiviti wajib..tinggal beberapa hari nie kita cuba beli baju dan kasut raya awal-awal agar kelancaran ibadah kita pada bulan RAMADHAN tidak terganggu.  Dan pastikan tadarus kita sepanjang bulan ramdhan kita jalankan walaupun hanya sehelai sehari al quran kita hayati dan kita baca.  Insyaallah kita mampu melakukannya.
Wahai sahabat muslimah yang ana cintai kerana ALLAH, dalam bulan Ramadhan ini terdapat macam pilihan dan juga kelebihan.  Antara pada bulan ini al quran diturunkan untuk memberikan petunjukkan kepada manusia dan membantu untuk menyelesaikan segala masalah sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat kini.  Al quran ini cukup sempurna untuk dijadikan gus dur dalam kehidupan. 
Dan kita juga sering mendengar cerita syaitan diikat pada bulan ramadhan nie..he3x best nyer boleh banyakkan amal…ana pernah terbaca artikel berkaitan syaitan diikat, jom kita kongsikan bersama..
Syaitan diikat secara fizikal. Ini bermakna syaitan dibelenggu dan memang tidak dapat berkeliaran.

Syaitan dilemahkan, dan perkataan ikat itu sebagai sindiran kepada syaitan di mana syaitan terhalang dari mengganggu orang yang beriman.
Berkaitan pendapat pertama, ada pertanyaan jika syaitan diikat secara fizikal, mengapa orang masih berbuat jahat? Menurut ustaz, perkara ini pernah ditanya (berulang kali) dan jawapan paling baik ialah roti canai .  Kata ustaz, hati itu ibarat tempat pembakar roti canai dan syaitan itu api. Setelah lama memanaskan pembakar roti itu, meskipun api sudah dipadamkan namun tempat pembakar roti canai itu masih panas. Sama juga halnya dalam keadaan ini. Setelah 11 bulan syaitan membakar hati, 1 bulan masih terasa panasnya meskipun syaitan dibelenggu.
Jadi apa tunggu wahai para muslimah, jom kita beramal bersungguh agar selepas ramadhan ini kita tidak tertipu 11 bulan akan datang sebelum ramadhan menjelma semula.  Ramadhan ini permulaan dan selepas itu tiada akhiran untuk kita beribadah sehingga lah kita dijemput bertemu ALLAH.  Jangan tunggu sehingga kita hanya melihat orang sembahyang untuk kita, jangan tunggu lagi sehingga kita di talkinkan.  Ayuh kita lakukan perubahan sekarang.
Ana juga menantikan Ramadhan dengan penuh debaran dan penuh keazaman.  Dalam kepala nie dah macam azam untuk dilakukan demi tidak ketinggalan mendapatkan pahala dari ALLAH..insyaallah ana doakan kita dapat memdidik diri kita untuk menjadi lebih cemerlang pada bulan Ramadhan untuk persiapan menghadapi 11 bulan yang akan mendatang…

“YA RAMADHAN KAMI MERINDUI MU”
AKHUKUM FIL ISLAM
UKHTI ADILA (KETUA NISA TAMBUN)

Monday, July 18, 2011

DAKWAH : Mulakan dulu

Saturday, July 16, 2011

Program "Your Life is Your Choice" Semarakkan Semangat Puteri-puteri Maahad Al-Ummah

 Slot "Pengenalan kepada Nisa' Tambun"
Ketua Nisa' mebuka bicara dengan penuh bersemangat dan ceria!

Slot "Ice-Breaking"
Adik2x puteri khusyuk mendengar arahan untuk slot ice-breaking
Wah semangatnya adik-adik puteri dapatkan signature sahabat2x!!
Adik-adik sangat kreatif!! Mampu melukis dengan cantik walaupun guna tangan kiri!
Bersyukurlah atas nikmat Allah itu

 Slot "Wah!! Cantiknya!"
Wajah ceria dik-adik puteri bersama akak-akak faci
Masha Allah! inilah hasil kreativity adik-adik mereka pakaian fesyen terkini!! Mantap sungguh!
(Kecian plak tengok model2x tak boleh bernafas)

Slot "Tentang Cinta"
Adik-adik puteri berhujah pasal "couple" hebat betul!! 
Ingat! Cinta adalah fitrah, jangan jadikan ia fitnah tetapi jadikan ia satu ANUGERAH
 
Slot "Muhasabah Diri" 
Adik-adik puteri bermuhasabah untuk mendapat sebuah keinsafan di atas segala dosa-dosa lalu
Percayalah air mata mu keinsafan mu itu akan membangkitkan semangat mu untuk menjadi puteri solehah!

Semoga segala yang di sampaikan bermanafaat kepada adik-adik puteri ku sayang! 
Aduhai puteriku sayang...

Related Posts with Thumbnails