CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Wednesday, May 25, 2011

TAKZIAH : TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM ULU LANGAT

Bukit dan gunung ganang - dijadikan tuhan sebagai pasak bumi.
Tiadalah kerosakan dimuka bumi ini selain dari tangan manusia - tangan manusia .]

Sehebat mana teknologi yang kita mampu adakan untuk menahan nya runtuhan tanah?
Apa hiraki kawalan risiko yang kita mampu lakukan ? Elimination , Isolation , Engginering control ,Administration ?..Segala sesuatu yang terjadi itu telah di takdirkan berlaku ke atas mereka tiada siapa yang dapat menolak.

Pada 22 mei 2011 negara kita dikejutkan dengan Tragedi ngeri dengan kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah anak-anak yatim At-Taqwa Ulu Langat Selangor. Kejadian tersebut meragut nyawa 16 kanak-kanak lelaki yang berumur antara 8tahun hingga 30 tahun. Kesemua mereka adalah penghuni rumah anak yatim tersebut yang sedang melakukan pelbagai aktiviti di bahagian  kantin madrasah sebelum kejadian berlaku, kira-kira jam 2.30 petang. walaupun kejadian ini sangat menyedihkan kita semua tetapi ia membawa kita kepada satu hikmah dan pengajaran yang sangast besar kepada semua tentang ajal dan maut tidak kenal sesiapa dan dimana.

Penulis hanya dapat mengatakan mereka mati dalam keadaan husnul khatimah dan suci, insyaALLAH, sudah semestinya pada jam tersebut mereka baru selesai solat zohor berjemaah, makan bersama-sama dan baru selesai menghafal al-quran dan sedang bernasyid, sudah tentu bait-bait lagu nasyid itu mengagungkan ALLAH.. Takziah kepada ahli keluarga mereka.


Sama-sama kita sedekahkan Al – Fatihah untuk mereka yang telah kembali menghadap ilahi dalam tragedi itu, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang –orang yang beriman.
Untuk yang masih dapat bernafas lagi, Hariini kita harus bersyukur pada ALLAH ,kerana ALLAH masih ingat untuk memberikan kita oksigen, penglihatan, kekuatan, kesihatan, nikmat untuk tersenyum, ketawa, menghidu, mendengar dan sebagainya tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Dengan perasaan syukur , insyaALLAH , Allah akan menambahkan lagi nikmatnya kepada kita.
Sama-sama kita hayati gambar-gambar yang dipaparkan semoga menjadikan kita insan yang lebih bersyukur dan bertakwa kepada ALLAH.
                    Mangsa yang tertimbus dan sedang dibawa keluar
        Hanya kelihatan,kepala, tangan mangsa dan mereka bertindih-tindih..amat menyedihkan
                               Mangsa tersepit kakinya sedang ditarik keluar, mangsa tidak cukup oksigen
              Berjaya dikeluarkan tetapi sedang menangis kesakitan
 Keluarga mangsa yang meniggal dunia...al fatihah...takziah buat keluarga ini
     Mangsa berjaya dikeluarkan tetapi seperti telah pergi..innalillah
 Jenazah mangsa yang sedang diuruskan pengebumiannya
 
Keluarga mangsa serta orang ramai yang sedang berkumpul menguruskan jenazah
                    Pencarian mangsa-mangsa yang masih tertimbus.insyaALLAH akan diketemui..amin

Monday, May 23, 2011

GURU


Guru..
Derita mu tiada siapa yang mengerti
Guru..
perit mu tiada siapa yang tahu
Namun hakikat seorang guru itu adalah
Seorang pendidik
Namun hakikat guru itu adalah
Pengenalan sebuah kehidupan

Dalam mencari sebuah kejayaan
Kau gadaikan kehidupanmu demi masa depan
Sebuah bangsa

Guru…
Deritamu tiada siapa ambil tahu
Penatmu, lelahmu tiada siapa yang mengerti
Kau taburkan jasamu demi melihat
Anak bangsamu bukan pengemis jalanan
Bukan juga manusia hina disisi tuhannya

Guru
Peluh yang menitis, penat yang tak terbahagi
Harga sebuah jasa yang kau bayar
Meskipun kadang-kadang perit di pertengahan jalan
Namun kau tetap menjalankan amanahmu

Engkaulah guru
Engkaulah murabbi
Cahaya yang menyinari tanpa henti


Ketua nisa-tambun

Saturday, May 21, 2011

UP COMING EVENTS FOR YEAR 2011

Monday, May 09, 2011

Nisa' Meriahkan Sambutan Hari Ibu dengan Ais Blended

 Perisa-perisa ais blended yang melazatkan 
(Butterscot, coklat, vanila, mocha, strawberi, oren, mangga, dragonfruit, kiwi)
 Petugas Nisa' sedang membuat persediaan dengan penuh semangat!
 Adik-comel menungu ais blended. Semua tak nak berganjak dari kaunter.. ish-ish
 Anak ustaz khusyuk tunggu ais blendednya walaupun turn dia lambat lagi. Haihh..
 Proses menspecialkan ais blended!
Inilah ais blended mocha.. mmg menggugat selera..

Apa tunggu lagi, hadirkan diri anda ke gerai ais blended Nisa' setiap Ahad 
di Pasar Pagi Abdul Rahman Auf Manjoi!

Friday, May 06, 2011

HARI IBU


Tanggal 8 mei 2011, hari ibu..SELAMAT HARI IBU BUAT IBU-IBU SEMUA :) semoga diri mu sentiasa berharga sepanjang masa dan diredhai ALLAH kehendaknya...


Related Posts with Thumbnails