CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Saturday, April 23, 2011

TERIMA KASIH MAK

Kalau nak kira mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga, tak de nilai yg
boleh disamakan dengannya. aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan
ambil tahu kehendak anak-anaknya. cukup memahami... abah aku orangnya agak garang
masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat
mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah. apa-apa
masalah aku ngadu ngan mak. mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong
buat keja sekolah. mintak duit belanja. kena buli ngan kawan, semuanya mak.
ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani. abah pepagi
lepas hantar kitorang p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik.
abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah. macam tu
la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak
mulut memang kena. masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak
je kan bagus. tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami
dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa.

untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak
ngan kuih tepung bungkus. pkul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik. pepagi lepas
hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat
kedai makan tepi sekolah. masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih
tepung bungkus 15 sen. kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat
kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. aku dpat duk ngan mak sampai
tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh. tapi tetiap minggu balik
kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah,
ikan jeket ngan sawi balak kat asrama. petang jumaat balik kampung sampai umah
terus cari nasik. mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin
(ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada
besar. tu je favored aku, ada set tu... mamang makan tak ingat punya. kekadang
tu mak masak kari ayam cair. kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.
duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam resort, nama je resort
sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. gaji rm400. tu la pendapatan
pertama hasil titik peluh aku sendiri. hari ambik gaji tu seronok bukan main
macam-macam dah plan nak beli barang. benda yang paling aku teringan masa tu,
pancing guna mesin. dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing
tu rm75 satu set.

balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit
pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap
ari p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. aku ingat
lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma,
alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak". aku kerja tak lama, aku dapat
surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam jurusan elektrik panggilan
pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan. mak masak sedap
tengah hari tu. tengah makan mak cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat
pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa. mak kata ada surat kat depan. dan
dan aku p ambik baca. melompat aku masa tu. aku tunjuk kat mak. dia kata dia
dah baca tadi. berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang,
tinggal 2 lagi tu tak tau macam mana. perbelanjaan aku masuk itm masa tu abg
sulung aku tanggung. masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ.
masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. kelahiran paling gembira bagi
keluarga kami. sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki. abah la orang paling
gembira dah lama dia nak anak perempuan. adik perempuan ni jugak telah buat
perubahan pada diri abah. abah dah tak macam dulu. sesekali aku balik.. abah,
aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. syukur pda tuhan harap adik
tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu. setahun lepas adik lahir mak sakit.
tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je. lepas sebulan lebih sakit mak tak
sembuh. abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab. diarang ambik semple
darah. lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan.
ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara. doktor kata, untuk selamat mak kena
operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. bermula dari hari tu kami
sekeluarga tak senang duduk terutama abah. merata dia cari tempat untuk berubat,
sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.

mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik
perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. aku cukup tak
tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu
2 sudu je. mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang
datang bukak ambik". air mata memang tak leh tahan. sampai masa mak terpaksa
operate jugak. doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. masa tu aku
ambik cuti seminggu dengan dekan. balik kampung kena jaga adik. lepas operate
mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak
boleh sebab badan mak trlampau lemah. lepas 2 minggu mak kat spital. dia dah
beransur baik. abah bawak balik. mak rihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan
masih berpantang. mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. tapi
tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. abah bawak p
hospital jengka.

bermula hari tu... keadaan mak makin hari, makin teruk. seminggu mak kat spital.
kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan
masa tu. kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah
terpaksa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak
bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. masuk makanan
mak muntah.

doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati.
sebab tu mak tak boleh makan. selama di spital mak hidup dengan air dan ubat
saja. sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi
masa tu mak boleh bercakap. satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia
menderita sakit. tak pernah dia sebut yang dia sakit. kami berbual macam biasa.
macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. walhal aku tau yang dia
menanggung sakit yang amat sangat. doktr ada terangkan pada kami adik beradik
macam mana nak jaga org sakit barah. doktor kata penyakit ni panas, lebih panas
dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa
lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, disebabkan paru-paru mak dh
rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. seksanya mak. tapi dia tak tunjuk
kesakitan dia pada anak-anak. cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. aku
pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. semakin hari keadaan mak
semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. abg di jepun pun
balik. hati mak dah mula membengkak. perut dia buncit macam di pam. berkilat
dan boleh nampak urat. mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda,
dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. dan masa tu juga
pemikiran mak dah tak berapa normal. dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia,
kecuali kali anak-anak dia. ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu
kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. mak kata ada habuk
penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. masa tu jugak merambu air mata
aku. walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan
kebersihan anak dia. hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami
sekeluarga berumah di sana. semua misi, doktor dah kenal.

selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan
dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak
kesah. memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas
waktu melawat. kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab
kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam, sebab
bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak
balas jasa mak sementara hayatnya masih ada. akhirnya mak kami bawak balik ke
umah. sebab mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri,
nak tengok anak-anak dia suami dia. mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor
kata mak dah tak de harapan. bila mak sampai rumah. suatu keajaban berlaku, mak
mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu.
dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia sebut kami cari.
kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia. mak sembang ngan semua
orang, mintak maaf ngan semua. mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia
smakin membesar. lebih kurang seminggu mak kat rumah.

mak nazak. hari tu pagi sabtu. nafas mak tersekat-sekat... masa tu mak dah dak
boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. kita kena letak telinga kat mulut
dia baru dengar. tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam
keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat. kami sekeluarga
berbincang. tanya pendapat orng tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah
masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. kami dah tak sanggup tengok mak
terseksa lebih lama. kami adik-beradik dan abah pegi pada mak. kami mintak ampun,
mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami,
mintak halal air susu yang kami minum. "ma... emie mintak ampun, mintak maaf
segala dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. emie mintak
halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum"
banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah
kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi mak.... kami cium tapak kaki mak. air
mata mak mangalir. kami letak adik tepi mak. bagi mak cium adik. sayunya aku
tengok. air mata mak mengalir bila tengok adik. kesian adik lepas ni dia dah
tak dapat jumpa mak. tak dapat merase kasih sayang mak. mak bisikkan sesuatu
pada abah. air mata abah mengalir. nilah seumur hidup aku nampak abah menangis.
abah kucup dahi mak. kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. aku
terpaksa, kami terpaksa. kami syangkan mak. tak nak seksa mak. tak lama mak
sesak nafas. abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar seksanya menuju kematian,

Innalillahiwainnahiro-jiun..... ibu tercinta pergi buat selamanya.........

Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan
Al-Fatihah sebagai noktahnya.

INGAT.... IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA
TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.

KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN
IBU MINTAK AMPUN. JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE... TAKUT TAK SEMPAT.

AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL.
bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih
ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abg adik beradik ‘

Tuesday, April 19, 2011

KISAH DIA, PENGAJARAN KITA

Khas buat dirimu..

Pernah seketika dulu saya rase saya xberguna..
Duk dlm kelas kwn2 sume xsuke..
Saya nk join org diorg kata saya nyibuk..
Ade gk yg kate saya kuat emo.. Sket2 nk mrh..
Pdhal sbnanye saya nk tgo diorg wat slh..
Pstu saya cube wat lwk konon nk tarik perhatian org len
saya pg gmbira bila ade org glk ngn lwk saya
espcially dak2 pmpuan..
Dk2 laki sume kate saya mat capap..
tapi saya xkesah.. asalkan ade yg terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Mmg lumrah manusia.. Sorg lelaki akn tertarik kpd wanita
Cmtulah yg saya rasa..Saya tgk kwn2 dh ade yg couple..
kt dorm sms2 awek smpi pg..

Ade yg call awek smpi 1 mlm leh abis 10 rggit..
Saya mule fikir..Adakah aku perlu BERCINTA?
Dgn mnggunakan akal sorg plajar tgktn 4 itu..
saya pn mule mnanam tekad utk bercouple..
dn mse tu la saya knl awk..
saya rse saya dh jmpe org yg plg pntg dlm
idup saya.. Mula2 awk jual mhl..
tapi saya xkesah..nk bli gk..
huhu..lst2 pndek cte..saya pn mulalah BERCINTA..

Mse brcinta,mmg saya sgt2 bersemangat
Ape org minang kate..ALL OUT lah..huhu~~
Saya salu call awk,awk pn salu call saya..
gayut mlm2..kdg2 saya pn abis rm10 1 mlm..
Tapi sgala PENGORBANAN yg dilakukan mse tu..
Xtrase pn kehilangannye..Mse bercinta mmg indah..
Sumenye indah.. Sket2 guro2 n glak2
Kalo merajuk men pujuk2..Kalo birthday men wish2..
Utk diri ni,trasa amat bhagia..
Sbb mse tu la trase diri ni dihargai..Saya prnh pikir..
Biarlah kwn2 saya tu pndg saya smcm n kata saya mcm2..
Aslkan awk memahami saya..

Satu hr saya dgr ceramah..Alhamdulillah..
Dlm ceramah tu saya sedar,saya byk wat dosa
n saya kna brubah..Hidup saya msti selari ngn islam..
Saya kne jadi baik..Sbb mmg tu fitrah manusia..
Ignkn kebaikan..sume org nk msuk sayaurga kn?
Sejak dr tu saya mula rapatkn diri ngn msjid..
Rapatkan diri ngn Al-Quran..Salu smyg jemaah..
Salu dgr tazkirah.. Saya xnk jd baik sorg2..

So saya ajak awk skali..Saya ajk awk bce quran..
saya ajk kjut awk bgun subuh..(calling), saya ajk awk bg2 tazkirah..
Mula2 awk trkejut ngn perubahan saya..
Awk igt saya dh nk jd alim, nk brenti couple.
Saya kate,kite bkn wat salah..bercinta kerana Allah..
Kite couple x mcm org len..Org len couple jiwang2 je..
ade yg siap wat mksiat lg.. pgg2 tgn n so on..
Tapi kita couple baik2..Jge batas2 sayaaro'..
xnk gune ayat jiwang2, jnji xnk jmpe,tkut brlaku mksiat..
Dan awk trima perubahan saya tu..Saya pn byk nasihat awk..
Awk pn trima..

Walaupn kdg2 awk merajuk sbb tguran saya tu awk xdpt nk adapt..
tapi saya phm,prubahan mmrlukan mse..
Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredhai..
Saya salu doa supeya kita akn kekal smpi ke gerbang perkahwinan..
Dlm proses prubahan saya, Saya mula sedar Dakwah itu wajib..
Kita kne mnyampaikan pd org ttg kbenaran.
Kalo x.. kita akan dipertanggungjwbkn oleh Allah
di akhirat kelak. sesuai dgn firmanNya dlm

Surah Al-A'raf,
surah ke 7, ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Pstu saya mulala bg tzkirah pd kwn2..adek2..
Tgo diorg ape2 je yg diorg wat silap..
Saya xleh thn bile tgk org wat slh/dose..
Saya msti nk tgo. Selemah2 iman tgo ngn ati, oleh sbb
saya nk jd org kuat iman..pe lg..tgo je la direct..huhu~~

Pstu satu mse..
saya trbace psl couple.."COUPLE HARAM"
Saya xcye..tapi bile bce detail2 yg die bg..
cm btul lak.. huhu~~
tapi biase la kan..kalo kite suke satu mnde tu..
kite ttapi akn cri alsn utk mneguhkn pndpt
kita..Saya pn wt xtaw psl mnde tu..
N truskn je hubungan kite..kite x buat mksiat..
Kita x jln2 pgg tgn..X jiwang2..Juz saling ambil berat..
Tnye kaba..Borak2..Siap bg tzkirah2 lg..
Pe yg haramnye ngn mnde cmni kn?huhu~~Xkesahlah..

Mse trus berlalu...
Mse ni dh nk dkt Trial SPM..lg 3mggu kot trial..
ntah..lupe la..xctat dlm diary..sbb saya xde diari pon..huhu..
Dlm mse tu, saya mmg rajin aja2 kwn..

Pd mse yg sme bg tzkirah kt diorg..
Ade yg respek..ade yg prospek..(pndg slack)
Kdg2 bile tgur..saya kne marah balik..mcm2 la
ade kate tgur x berhikmah..ade yg kate saya poyo je..
Tapi xpe..saya ade tmpt ngadu..huhu~~

Suatu masa..ktika sdg mntadabbur Al-Quran sorgdiri..
saya trtjmpe ayat ni..Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berpikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pn trfikir.."Slama ni aku dok tgo org je.
Tapi aku sndri msih byk kekurangan,
Cpt mrh, suka buang mse,
ade gk dose2 kcik yg msih dilakukan..cmne yek?"

Pstu trjmpe lak ayat ni..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tetibe saya trfikir satu kritikan kwn..
"Ala ko tu..ckp brasap..gaye alim,tapi
couple gk..sme je ko ngn kitorg..tgo org
konon.."Berfikir sejenak..Sbnanye brcouple ni leh ke x?
Adakah slame ni saya hnye mnganggap ia boleh?
Dh tu, npe saya rse malu bile mak dan ayah
tau saya slalu contact prmpuan?
Dan terkadang rasa serbe salah?
Mcm2 yg saya fikir..Dipendekkan crita lg skali..
saya ke penang utk mngikuti satu
seminar dkwh..
Saya hrp dgn seminar ni kefahaman saya
mngenai dakwah akn lbih mntapi..
Sblum g sminar tu..saya stil sms2 lg ngn awk..
tnye khbr..smpt lg psn2 spye jgn lpe bce quran
arini..dlm pikiran saya..

"Ni kira dkwh gk ni..saling ingat-mngingati.."
Mjlis malam tu berakhir dgn sesi ta'aruf,
kul 10 sume org dh bebas nk wat pape..Lgpn ktorg pnt..
xkn nk pnjg2kn program smpi tgh mlm..
pihak penganjur pn phm..Ttbe saya trgerak hati utk brkongsi mslh
ngn fasilitator yg ade kt situ..
Saya rse ni la mse trbaik nk tnye pndpt die psl couple.
Tapi saya tragak2.."kalo betulla couple tu
salah..abistu,nk wat cmne? Aku kne clash ke?
Aaah,watapie pikir cmtu..tnye je la. Kalo
xwat salah nk watapie tkut.." Lalu saya mnghampiri Brother
fasilitator tu.. Mse tu die tgh belek2 trjemahan quran
die sorg2..

"Assalamualaikum, bang, saya nk tnye sket bule?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nk tnye ape?"
"Er..cmni,saya nk tnye sket. Sblom saya
trlibat ngn dkwh ni, saya ade la knl sorg
kwn ni, prmpuan la. Tapi bknla stakat kwn
biase..rapat gk la. Bkn rapat biase,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nk tckp yg saya couple. Kg
ape lk brother tu kate..msti die pndg slack
nnt. Saya angguk je la. Pstu saya tnye..

"Sbnanye..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, mmg fitrah manusia, lelaki akan
trtarik kpd perempuan, bgitu juga
perempuan akn trtarik kpd lelaki. Tapi dlm
islam, perasaan tu prlu ada batasnya.
Pergaulan prlu dijga. Kn Allah firman dlm

Surah Al-Isra', surah ke 17, dlm ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya xnmpk pn mnghampiri zina.
Niat kami baik. Saya dh cuba sdaya upaya
mngawal perhubungan kami. SMS2 pn xdela
jiwang2,slalu bg tzkirah. Kami selang2
bg, harini saya, esok die. Kn ke baik tu?"

Saya xnk mengalah. "Mmg betul niat nta baik. Tapi igt, niat
xpernah mnghalalkan cara. Yg batil
ttapi batil, yg haq ttapi haq. Cbe tgk ayat ni."
Smbil brother tu bkk quran die, dan tnjuk kt saya ayat ni:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan
sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing)
tempat tinggal mereka. Dan setan
menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia
menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang yang
berpandangan tajam.
(Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalo nta tgk ayat ni, setan telah
buat nta pndg indah mnde buruk yg nta
lakukan. Walopun nta brpandangan
tajam,mksdunye nta berilmu tinggi.
Mmgla pd mulanya niat nta baik, tapi igt,
setan licik. Dia akn sdaya upaya buat
nta trjerumus ke dlm kemaksiatan.."

Saya pn ckpla.."Tapi bang, saya dh jnji ngn die xnk jmpe
lg. Sbb saya tau kalo brjumpe nnt byk
bhyenye. Dan die pn stuju. Kami sme2
mnjge diri. Xkn ia boleh mmbawa kpd zina jugak bang?"

"Em,btul,nta dh jnji xnk jmpe ngn die
lg. Nta dh dpt elakkan zina mata, zina
tangan, zina kaki. Kalo nta jnji xnk
call die selalu, nta dpt elak zina
telinga dan zina lidah. Tapi akh..msih ada
zina yg ttapi nta xdpt elak bila bercouple.."

"Zina hati?" Saya mncelah. "Betul, zina hati. Semua ni la yg
Rasulullah jelaskan dlm hadithnya
bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh
check dlm Riyadhus Solihin, bwh bab
larangan melihat wanita. Rasulullah
sabda, mata boleh berzina dgn melihat,
lidah boleh berzina dgn kata2, tgn boleh
brzina dgn brpgangan. Kaki boleh berzina
dgn berjalan ke arah tmpt mksiat. Hati
pula boleh berzina dgn merindui, mngingati, mmbayangi si die.
Hakikatnye, cmne pn nta wat, nta ttapi xdpt lari drpd zina hati."

Saya terdiam..kelu. Xtau nk kata apa2.
Sume yg brother tu kate xnmpk pe yg salahnya. Pstu die smbung..
"Ana dulu pn couple gk. Lg lme drpd nta.
Sjk skolah smpi dh msuk U, dkt nk gred. Tapi bila ana sdar psl ni, ana trus
tinggalkan. Ana siap dh pikir, dialah bakal isteri ana, yg akan jd ibu kpd
anak2 ana. Kalo nk ikutkan lg besar mslh ana drpd nta."

"Saya riso la bang. Nnt pe kwn2 die kata.Dulu saya slalu mntk tolong diorg utk rpt
ngn die. Sure nnt diorg sume xpuas hati ngn saya. Dan die sndri lak, saya
takut pape akn jd kt die kalo die xdpt trima keputusan ni. Sbb kami dh rapat sgt2"
Mse tu saya dh mule sebak dah. Malu tol. Nangis dpn brother tu cte psl mnde ni.
Ntah pape. Seb baik xde org len tgk mse tu.

Brother tu jwb.."Kalo kwn2 die xpuas hati pn, diorg nk
watapie? Paling truk pn,diorg akn mngata di blakang nta. Nta x kurang sket pn.
Lg pn, dalam berdakwah ni, kita nk cari redha Allah, biarlah org nk kata ape2
skali pn, yg pnting redha Allah. Kalo Allah xredha, sumenye dh xbrmkne lg."

Saya trdiam lg. "Psl die plak, cbe nta pikir dr sudut positif, mungkin die akn trima keputusan
nta scara matang. Mungkin dia juga akn buat keputusan utk tidak lg bercouple.
Ana yakin,die xkn buat apa2 perkara bodoh. Kalau die wat skali pn, tu bkn
tggungjwb nta, ape yg nta nk wat tu btul, meninggalkan mksiat. Semua org
akn tggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dh xdpt thn lg. Mse tu saya nangis, saya dh sdar gy saya kne berhenti couple. Dh
jelas skg, Couple tu haram. "Jd cmne nk wat bang?" "Ana dlu, hntr 1 sms je kt die. Ana
trgkn die hubungan yg dibina tu salah. Mntk maaf, kita berakhir di sini. Tlg
jgn cari saya lg. Pstu ana trus tuka no. Die xcontact ana lgsung dh pstu."
"Mksudnye, saya xleh cntct die lg ke? Tapi bang, saya ade gk kwn prmpuan lain,
leh lk saya cntct diorg?" "Dgn die ni lain. Nta dh pernah ade
'sejarah' ngn dia. Tapi, kalau nnt ditaqdirkan nta satu universiti ngn
dia, satu kuliah, pstu kne lk wt group discussion, mse tu nta hnye lyn die juz
sbg group discussion partner." Ttbe saya trfikir..

"Die ni nk suro aku clash mlm ni gk ke? Skg gk? Xknla awl sgt?"
Saya ckp.."Saya rasa saya lom ade kekuatan la bang.
Leh x saya tggu smpi saya ade kekuatan br saya
tgglkn mnde ni?" Saya bajet nk lari la. Skali die jwb..
"Akh, nta kne igt. Kekuatan tu xleh ditunggu, tapi ia prlu dibina.

Allah xkn ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum
itu mngubah keadaan dirinya sndiri,leh
rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11
.

Lgpn,nta nk tggu smpi bile bru nk tgglkn couple ni..abg2 kt sini pn ramai
yg prnh couple, bile msuk dkwh, diorg tgglkn."

Alamak...xleh lari lgla nmpknye..saya rase
cm brother ni pkse saya clash mse tu gk.
"Sumenye dh jelas rsenye..Nmpknye saya kne
tgglknla mnde ni gk ye. Cm xlrt rsenye nk tkn button tepon ni. Rse xsggup."
"Kalo xsanggup meh ana tolong tekankan." "Eh, xpe la bang. Biar saya taip sndri."
Tragak2 saya nk taip mse tu. Tapi saya gagahkn gk diri..
"Semuanya dh jelas..buat ape aku tgguh2 lg. Tkut nnt hidayah ni Allah tarik, ssh
lak nk tgglkn. Kn aku salu doa supaye dijauhkn dr mksiat..jd rsenye, inilah msenye.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..


"Assalamualaikum..Sbnarnya slama ni hubungan kita salah
di sisi islam. Saya igt dgn mengubah cara pergaulan kita, ia dh dibolehkn, tapi
sbnarnya ia ttapi berdosa. Saya hrp awk akn istiqamah truskan perubahan yg awk dh
buat, krn Allah. Saya mntk maaf ats segala yg dh berlaku. Kalau ada jodoh
insayaa-Allah, akn bertemu jua. Assalamualaikum.."

Berat tul nk hntr msg tu kt awk. Saya msih xmmpu nk ucap slmt tggl. Sbb tu dlm sms
tu saya juz akhirkan dgn ucapan salam. Lps beberapa ketika..saya tkn gk button [send].
Pstu tertera kt skrin..
[SENDING..] [MESSAGE SENT]

Mse tu saya rse cm sparuh idup saya dh
hilang. Cm xcaye je..saya dh hntr 1 sms, dan clash ngn awk..
"Terima kasih bang.." "Takpe, dh tggungjwb.." Mlm tu saya saya tdo ngn linangan air mata..
X sangka..mmg x disangka..Saya mmg xpnh trpikir utk clsh, tapi tu la
yg terbaik untuk kita sbenarnya..Teringat ayat Allah.

Surah Al-Baqarah, ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu
benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Masa terus berlalu..Saya trus sibukkan diri ngn keje2 lain..
Dlm usaha nk lupekan awk..bkn sng..tapi saya trus cuba.
Saya slalu bg tzkirah..igtkn org..Saya bg taklim kt msjid, cte kt org,
couple haram, tunjuk sgala dalil.. Mcm2 yg berlaku...
ade kritikan..ade gk yg stuju..tapi xkesahlah sume tu..Tbe2 1 pg ni..
dpt lk msg dr awk..awk bg gmbr bunga..bwh tu ade ayat..
"Seindah gubahan pertama.." Saya rse awk stil xleh lupekan saya..
Saya pn pk..kne tgskn rsenye..Pstu saya hntrlah sms ni.. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yg lebih indah drpd mndapat keredhaan ilahi..seindah manapun gubahan
pertama tu, slagi xmndpt keredhaanNya, ttapi xbrguna..

Assalamualaikum..saya tau dlu saya ckp, kalo ade jodoh, insayaa-Allah akn bertemu
juga. Tapi saya xnk awk tggu. Lupekan saya.
Biar Allah yg menentukan..Lg 1, jgn cari cinta manusia,
ia pnuh dgn pnipuan, kekecewaan, dan xkekal.. Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi..Cinta yg diredhai..
-Yang Terakhir- " [send] [SENDING..] [MESSAGE SENT]

Saya dh buat keputusan. Saya psti apa yg saya buat ni btul.
Saya yakin, Allah akn sediakan yg terbaik untuk saya.

Saya xkn berpatah balik..Xkan..buat selama-lamanya..

Related Posts with Thumbnails