CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Friday, July 22, 2011

Warkah Ramadhan dari Ketua Nisa' Tambun

YA RAMADHAN KU NANTIKAN HADIRMU DALAM DEBARAN
Setahun setelah berlalu kini ia tiba lagi menguji cinta buat hamba yang mendambakan cinta kekasih untuk digandakan segala amal pada bulan yang penuh kerahmatan.  Seperti firman ALLAH dalam Surah Al Baqarah 183,
 “Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
Kini Ramadhan kembali lagi setelah setahun ia pergi, penantian setahun Ramadhan ini penuh dengan debaran dan kerinduaan. Masihkah ada lagi ramadhan selepas ini untuk ku kerana kita tidak pasti dengan ketentuan takdir illahi mungkin tidak sempat untuk bertemu RAMADHAN lagi….
Apa yang dinantikan sangat dengan Ramadhan nie…dalam ramadhan ini orang berlumba mencari pahala berganda-ganda, maka yakin benar lah dengan firman allah ini, ALLAH hanya menyebut “Wahai orang-orang yang beriman”, hanya mereka yang mempunyai iman sahaja yang mampu menjalankan tanggungjawab ini.  Maka tidak pelik ler ada segolongan umat MUHAMMAD ini yang tidak berpuasa kerana ketika itu tiada iman didalam diri mereka..
Mari kita renungkan puasa adalah sesuatu yang sangat memerlukan keimanan yang tinggi untuk kita melahirkan ketaqwaan yang tinggi dalam diri yang cukup kerdil di sisi ALLAH ini.  Semoga setiap kali kita berpuasa mengharapkan ALLAH bersama kita, kita menjaga semua perkara yang boleh menyebabkan pahala menjadi kurang.
Ramadhan merupakan penghulu segala bulan yang sangat besar anugerah yang ALLAH berikan kepada kita.  Dalam bulan ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian dimana 10 yang pertama adalah kerahmatan dari ALLAH, 10 hari yang kedua adalah ni’mat keampunan dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA, dan 10 hari yang terkahir adalah terlepas dari azab neraka.
Ayuh beliawanis islam jangan biarkan RAMADHAN itu berlalu tanpa kita berbuat apa-apa.  Masa inilah kita menambahkan azam kita untuk mendapat pahala berganda yang ALLAH anak ganjarkan kepada hamba-hambaNYA.  
Jom kita cuba buat target untuk RAMADHAN kali ini agar kita ada persediaan yang lebih rapi lagi…Insyaallah bermula nyer malam 31 Julai ini maka bermulalah hari pertama kita untuk menunaikan solat tarawih, solat yang tidak ada pada bulan yang lain selain RAMADHAN.  Azamkan dalam diri moga tarawih menjadi aktiviti wajib..tinggal beberapa hari nie kita cuba beli baju dan kasut raya awal-awal agar kelancaran ibadah kita pada bulan RAMADHAN tidak terganggu.  Dan pastikan tadarus kita sepanjang bulan ramdhan kita jalankan walaupun hanya sehelai sehari al quran kita hayati dan kita baca.  Insyaallah kita mampu melakukannya.
Wahai sahabat muslimah yang ana cintai kerana ALLAH, dalam bulan Ramadhan ini terdapat macam pilihan dan juga kelebihan.  Antara pada bulan ini al quran diturunkan untuk memberikan petunjukkan kepada manusia dan membantu untuk menyelesaikan segala masalah sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat kini.  Al quran ini cukup sempurna untuk dijadikan gus dur dalam kehidupan. 
Dan kita juga sering mendengar cerita syaitan diikat pada bulan ramadhan nie..he3x best nyer boleh banyakkan amal…ana pernah terbaca artikel berkaitan syaitan diikat, jom kita kongsikan bersama..
Syaitan diikat secara fizikal. Ini bermakna syaitan dibelenggu dan memang tidak dapat berkeliaran.

Syaitan dilemahkan, dan perkataan ikat itu sebagai sindiran kepada syaitan di mana syaitan terhalang dari mengganggu orang yang beriman.
Berkaitan pendapat pertama, ada pertanyaan jika syaitan diikat secara fizikal, mengapa orang masih berbuat jahat? Menurut ustaz, perkara ini pernah ditanya (berulang kali) dan jawapan paling baik ialah roti canai .  Kata ustaz, hati itu ibarat tempat pembakar roti canai dan syaitan itu api. Setelah lama memanaskan pembakar roti itu, meskipun api sudah dipadamkan namun tempat pembakar roti canai itu masih panas. Sama juga halnya dalam keadaan ini. Setelah 11 bulan syaitan membakar hati, 1 bulan masih terasa panasnya meskipun syaitan dibelenggu.
Jadi apa tunggu wahai para muslimah, jom kita beramal bersungguh agar selepas ramadhan ini kita tidak tertipu 11 bulan akan datang sebelum ramadhan menjelma semula.  Ramadhan ini permulaan dan selepas itu tiada akhiran untuk kita beribadah sehingga lah kita dijemput bertemu ALLAH.  Jangan tunggu sehingga kita hanya melihat orang sembahyang untuk kita, jangan tunggu lagi sehingga kita di talkinkan.  Ayuh kita lakukan perubahan sekarang.
Ana juga menantikan Ramadhan dengan penuh debaran dan penuh keazaman.  Dalam kepala nie dah macam azam untuk dilakukan demi tidak ketinggalan mendapatkan pahala dari ALLAH..insyaallah ana doakan kita dapat memdidik diri kita untuk menjadi lebih cemerlang pada bulan Ramadhan untuk persiapan menghadapi 11 bulan yang akan mendatang…

“YA RAMADHAN KAMI MERINDUI MU”
AKHUKUM FIL ISLAM
UKHTI ADILA (KETUA NISA TAMBUN)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails