CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Wednesday, June 08, 2011

BIMBANG : Remaja wanita dalam kebejatan akhlak yang runcing






Mengejutkan!! di Malaysia 60% remaja wanita hilang dara ketika umur 18 tahun, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah university tempatan. Kajian rambang tersebut menguatkan lagi kedudukan keadaan akhlak remaja wanita yang telah hilang, ia memberikan kesan yang amat besar kepada maruah sebuah Negara. Adakah wanita yang menjadi harapan keluarga dan Negara untuk mendidik generasi akan datang, akan membimbing seperti mana yang telah mereka lakukan kini.


Ya Mereka boleh berubah , apa kualiti seorang wanita jika telah terlanjur dan berzina ? dan berapa peratus yang mahu berubah? jika yang berubah itu tidak dapat membentuk generasi yang berkualiti. Berapa peratus lagi generasi yang berkualiti yang akan dilahirkan nanti? 


Lebih mengejutkan remaja wanita kini lebih arif tentang seks (zina ) seawal umur 13 tahun. Zaman dulu seawal umur ini, tersipu-sipu malu untuk keluar rumah , dek kerana perubahan dan perkembangan diri dari alam kanak-kanak kealam remaja dan diselubungi tebal sifat malu mereka. Tetapi kini, remaja lebih suka bercerita hal – hal lucah, seks, dan pornografi malah ada ramai yang tidak segan mencuba dan melakukannya. Lebih mengejutkan penulis ada yang yang menjadi HOBI setelah pulang sekolah atau pun ketika ponteng sekolah ? Tidak mustahil, ia berlaku dikalangan saudara terdekat pembaca sendiri.


Siapakah yang hendak disalahkan?


Remaja yang melakukannya? Ibu bapa yang leka tidak kisah tentang anak-anak? Sekolah yang membiarkan mereka ponteng sekolah? Kerajaan yang tidak menjalankan hukum Islam? Masyarakat dan tetangga yang membisu seribu bahasa melihat seks atau zina di depan mata? Ulama yang tidak meluaskan dakwah yang kreatif untuk golongan remaja?


Penulis mengatakan semua pihak bersalah termasuk diri penulis sendiri juga tergolong dikalangan di atas. Kenapa saya mengatakan semua pihak bersalah kerana,,remaja tidak akan muncul tanpa ibu bapa, ibu bapalah yang membentuk dan menempa mereka sejak kecil sama ada mahu menjadikan mereka di golongan yang lurus atau bengkok, tetapi ada setengah ibu bapa yang saya percaya mereka menginginkan dan mengajar anak-anak mereka untuk menjadi baik tetapi beberapa kekangan yang menghalang kejayaan ibu bapa tersebut apabila anak-anak beralih kealam remaja, antaranya adalah kekurangan ilmu agama dan cara mendidik, leka dengan zaman yang serba maju, canggih dan moden, tiada undang-undang yang digubal untuk melaksanakan hukum melakukan zina, masyarakat dan tetangga yang tidak mengadu perilaku dan tindak tanduk anak-anak dalam masyarakat kepada ibu bapa dan factor harga barang naik yang meningkatkan kos sara hidup rakyat menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja mencari duit lebih dan membiarkan anak-anak di rumah dan kurang perhatian. 


Faktor – factor itu, jelas berkait dengan pihak yang saya katakan bersalah tadi. Hukum harus dibuat oleh kerajaan, tidak mengadu perilaku anak-anak tetangga peranan oleh masyarakat, harga barang naik peranan oleh kerajaan yang kurang bijak mengendalikan ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dan ulama yang tidak kreatif melancarkan dakwah sehingga anak-anak remaja tertarik dan lena dengan arus kemodenan globalisasi (dunia tanpa sempadan).


Jika asyik mempersoalkan faktor tetapi tidak menyarankan tindakan, adalah seperti omong-omong kosong. Penulis tertarik dengan bait-bait indah firman ALLAH SWT, yang bermaksud


DAN KATAKANLAH KEPADA PARA PEREMPUAN YANG BERIMAN, AGAR MEREKA MENJAGA PANDANGANNYA DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASAN (AURATNYA) KECUALI YANG BIASA DILIHAT. DAN HENDAKLAH MENUTUPKAIN KERUDUNG(TUDUNG) KE DADA DAN AURATNYA KECUALI KEPADA SUAMI, ATAU AYAH ATAU AYAH SUAMI ATAU PUTRA MEREKA ATAU SAUDARA LAKI-LAKI DAN PUTRA SAUDARA LELAKI MEREKA ATAU PUTRA SAUDARA PEREMPUAN MEREKA,ATAU PARA PEREMPUAN (SESAMA ISLAM)MEREKA ATAU HAMBA SAHAYA YANG MEREKA MILIKI,ATAU PARA PELAYAN LELAKI-LELAKI(TUA) YANG TIDAK MEMPUNYAI KEINGINAN TERHADAP PEREMPUAN,ATAU ANAK-ANAK YANG BELUM MENGERTI TENTANG AURAT PEREMPUAN. DAN JANGANLAH MEREKA MENGHENTAKKAN KAKINYA AGAR DIKETAHUI PERHIASAN YANG MEREKA SEMBUNYIKAN.DAN BERTAUBATLAH KAMU SEMUA KEPADA ALLAH,WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN AGAR KAMU BERUNTUNG.(AN-NUR:24;31)


Bait-bait ini cukup indah, lengkap, mantap dan jelas menerangkan bagaimana seorang perempuan apabila telah akil baligh ingin menjaga maruah dirinya. Wahai saudaraku sekalian, kalian wanita yang amat dibanggai oleh Rasulullah, ayuh berubah dan selamatkan wanita lain dan nekadlah untuk berubah..
Penulis menyarankan kalian segera dapatkan buku yang berjudul Wanita solehah ciri-ciri dan fungsinya yang dikarang oleh Abu Mohd Jibril Abdul Rahman diterbitkan oleh pustaka syuhada. Tulisan ini amat sesuai untuk semua golongan yang mana ia menceritakan bagaimana mahu mewujudkan wanita solehah dimasa dan suasana yang tiada hukum islam ditegakkan dan kes jenayah membabitkan kewanitaan semakin melampau.
Selain itu, untuk pembaca yang inginkan bantuan untuk melakukan perubahan dan pandangan berkenaan remaja atau ibu-ibu boleh hubungi nisa’ yang tertera nama-nama di kolum sebelah.


Wallahua’lam

Penulis : Pen ungu / 6 rejab 1431H

1 comments:

azie said...

per program terkini nisa' tambun...?
saya dari nisa pengkalan chepa kelantan.....

Related Posts with Thumbnails