CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Wednesday, May 26, 2010

PROGRAM EXPLORACE NISA TAMBUN

JOM PAKAT-PAKAT MEMERIAHKAN EXPLORACE
NISA' TAMBUN

TARIKH : 6 JUN 2010 (AHAD)

MASA : 8.00 PAGI - 4.00 PETANG
TEMPAT: DATARAN MAJLIS BANDARAYA IPOH


AKTIVITI YANG MENARIK BAKAL MENANTI ANDA!!!

BAYARAN YURAN HANYA RM 2.00 SEORANG

JANGAN LEPASKAN PELUANG

DAFTARLAH SEKARANG !!!

PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT.

TERBUKA KEPADA MUSLIMAT 13-40 TAHUN
SEBARANG URUSAN :- KETUA , 019-5773175, SU- 019-5554494

Wednesday, May 12, 2010

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie www.iluvislam.com



Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".


Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”



Sunday, May 09, 2010

cucor badak vs cucor udang

Assalamualaikum wbt

saya nak kongsi sedikit cerita tentang cucur badak dan cucur udang

seorang pelajar teringin makan cucur udang, pergilah dia beli cucur udang di gerai mak semah, wah gembira hatinya ..dalam hati "pasti enak kalau makan sorang-sorang"
dengan gembira duduk la kat meja, baca bismillah dan doa makan, sebiji cucur udang terpilih pun diambil, hmmm....pertama sekali udang,udang,udang,udang...aih..mana udang nih..cakap tadi jual cucur udang tapi x de udang...ni x puas hati ni.

hehehe
pelajar tu gi lah bawa cucur udang tu tunjuk pada mak semah,,,mak semah mana tadi saya minta beli cucur udang tapi x de udang pun dalam cucur nih..kenapa, macam ni x boleh ni, menipu namanya mak cik...kalau kata cucur udang mestilah ada udang kat dalamnya tp ni x de pun...( sedih dan kesin aku tengok budak ni) kempunan gamoknya...

mak semah pun menjawab,, eh...budak ..ngape kamu ni bising-bising kat kedai aku ha?,,cuba la kamu pikio sikit, kalau cucur badak plak ,ada badak ke kat dalam nya?

ngeh,ngeh..
melopong pelajar tu..kasihan..hampa harapannya isk..isk..nasib ko lah budak

pengajaran

1. jangan terlalu mengharap rezeki dari manusia, harap pada ALLAH
2. orang yang berniaga tu , hati-hati lah dalam berjual beli,,janga menipu dan menindas orang lain
3. yang tua disayangi yang muda dikasihi...

wallahua'lam.

Tuesday, May 04, 2010

Program Nisa Malaysia

Related Posts with Thumbnails