CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Thursday, March 18, 2010

NISA' BINTULU

NISA' BINTULU

TAHNIAH NISA' CEMERLANG SPM!!!


GAMBAR HIASAN : 2 orang Nisa' Tambun cemerlang SPM

salam wbt..


Ape khabar sahabat-sahabat nisa' dan nisa' tambun semua..semoga dalam limpah dan kurniaan ALLAH sentiasa


Alhamdulillah, baru lapang dan berkesempatan untuk post tulisan ini..


keputusan peperiksaan 2009/2010 tahun ini nisa tambun mencipta sejarah, 2 orang nisa' berjaya mendapat keputusan cemerlang SPM , iaitu adik nur Aini Binti khalifah yang lebih dikenali anak kepada umi zuhairah dan anak En Ramdan, minta maaf saya x dapat detail tentang adik ini.




Kedua-dua adik nisa' ini di anugerahkan oleh ALLAH kecemerlangan SPM 10A+ ,yang mana boleh menjadi contoh kepada adik-adik yang bakal menempa SPM akan datang. Seorang muslimah yang bertudung labuh, berkarakter muslimah yang solehah, akhlak yang bagus bukan penghalang untuk mendapat kejayaan dalam pelajaran.




Sebelum ini kita mendengar adik Nik Nur Madihah ( Maahaad Muhammadi kelantan) cemerlang dengan 20 A, tahun ini pelajar dari sekolah yang sama iaitu adik Nur hasyimah ( jika tidak silap ) pelajar cemerlang mendapat 15A+. Kedua-dua pelajar ini mempunyai karakter akhlak muslimah yang baik , dan mengamalkan kehidupan seorang muslim. ini merupakan satu pakej bonus yang dimiliki oleh pelajar yang telah dinobatkan pelajar cemerlang akdemik juga sakhsiah mereka..




Insya Allah, nisa' akan melakukan temubual bersama adik nur aini dan seorang lagi untuk mengetahui resepi kejayaan mereka mendapat 10A dalam SPM.




tahniah untuk kedua - dua adik yang cemerlang SPM ini, untuk nisa' yang lain yg telah mencipta kecemerlangan SPM tetapi tidak diwar2kan, bukan lah sengaja dilakukan tetapi kemungkinan tiada maklumat tentang adik-adik untuk diwar-warkan.




wallahua'lam, semoga kehidupan hari ini lebih baik dari semalam :)








Thursday, March 11, 2010

Esok berpuasa, solat istisqa Jumaat ini

Menurutnya, amalan solat tersebut telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebelum ini untuk tujuan yang sama.“Untuk mendapat rahmat di samping mengharapkan permohonan kita diterima Allah, esok saya seru semua rakyat Kelantan yang beragama Islam supaya bersedekah banyak-banyak di samping berpuasa sunat.“Saya sendiri akan berpuasa esok hari, insya Allah dan akan bersedekah juga sekadar kemampuan yang ada pada saya kepada fakir miskin, insya Allah,” ujarnya.
Beliau memberitahu, Jumaat ini, rakyat Kelantan hendaklah hadir pada majlis itu selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.Jelasnya, selain menunaikan solat sunat istisqa itu, beliau sendiri akan menyampaikan tazkirah mengenai pengertian solat itu berdasarkan hadis-hadis Rasulullah.Sambungnya lagi, solat sunat berkenaan akan diadakan kira-kira pukul 8.30 pagi, iaitu selepas tazkirah.Sehubungan itu, kuliah agama di Medan Ilmu dibatalkan yang digantikan dengan solat sunat dan tazkirah di perkarangan stadium.
Beliau bagaimanapun memberitahu, program solat sunat tersebut akan turut diadakan secara berperingkat di setiap kawasan dalam negeri ini.Menurutnya, program itu akan diatur sendiri oleh penganjur di peringkat kawasan, bagaimanapun beliau juga akan hadir sekiranya dijemput.“Saya setuju benar sekiranya solat sunat ini diadakan di seluruh Kelantan, pandai-pandailah nak buat ikut zon ke,” ujarnya.Tuan Guru berkata, biarpun Kelantan tidak begitu kritikal menghadapi masalah air, bagaimanapun kemerosotan air sama ada di sungai dan telaga, agak ketara akibat cuaca terlalu panas.Menyentuh tentang keperluan berjimat menggunakan air tidak seharusnya berlaku sewaktu musim kemarau, sebaliknya sepanjang masa sebagaimana mengikut ajaran Islam.
Tambahnya, rakyat Kelantan yang sudah terbiasa dengan air banyak, menyebabkan mereka menggunakan daripada yang sepatutnya.“Saya selalu menyebut Nabi Muhammad s.a.w. mengambil wuduk hanya secupak air, dan mandi segantang air,” ujarnya.Menurutnya, amat tidak wajar membazir air, sedangkan untuk mendapatkan bahan tersebut mengikut kaedah sains begitu sukar sekali.Mengikut ahli sains dunia akan berperang kerana air kemudian hari nanti kerana kekurangan bahan itu sebagaimana sekarang berperang kerana minyak.Kerana itu, tambahnya manusia wajib menjaga keperluannya demi untuk kegunaan masa panjang.
Menyentuh tentang catuan air pula, beliau memberitahu Kelantan tidak sampai ke peringkat itu.Bagaimanapun, sambungnya catuan air bukan sewaktu ketiadaan air semata-mata, sebaliknya kerana Islam sendiri menggalakkan menjimatkan penggunaan air.“Contohnya penggunaan air di masjid-masjid yang perlu benar berjimat, apa lagi bil airnya dibayar oleh pihak masjid sendiri dengan menggunakan wang sumbangan derma orang ramai.“Kalau kita membazir bermakna kita membazir harta orang ramai,” ujarnya.

Thursday, March 04, 2010

PROGRAM PELANCARAN TEEN CIRCLE MERIAH


ok jumpa lagi!!!

Ukhwah kekal hendaknya





Sesi ceramah



"ikut akak buat ye adik2 ha lapan lagi..."



Nisa' tetap di hati...


Peserta bersenam


Team nisa bersama Puan Zuhairah
Alhamdulillah pelancaran teen circle selamat dilaksanakan pada 20 februari yang lalu bertempat di Ulu Chepor. Macam-macam aktiviti yang dilakukan. Peserta perlu mendaki ke tempat program. Sampai di tempat program ditambahkan lagi dengan senaman fuh memang pecah peluh la. Terima kasih kepada Puan Zuhairah kerana sudi merasmikan program ini dan tahniah jugak kepada AJK Nisa' Tambun yang menjayakan program ini.

Tuesday, March 02, 2010

ARTIS BUKAN IKON PILIHAN





BOLEHKAH seseorang artis menjadi ikon dalam masyarakat? Apakah golongan yang kehidupan mereka menjadi sorotan lampu limpah itu patut diangkat menjadi contoh dan teladan untuk diikuti lebih-lebih lagi oleh generasi muda?Tidak payah, tidak payah, tidak payah! Itu saranan berulang kali, ironiknya daripada seorang pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot ketika menjadi ahli panel dalam program bual bicara di ruang legar pusat beli belah KB Mall, Kota Bharu, Ahad lalu.


Wardina yang bercakap menerusi pengalamannya sendiri berkata dunia artis adalah dunia yang lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan banyak bersandarkan kepada keseronokan.Katanya ada kalangan artis menghabiskan masa di kelab-kelab malam, mengambil dadah, minum arak dan terdedah kepada pergaulan bebas di luar batasan.Malah katanya, budaya tidak solat dan berpuasa adalah 'standard' biasa bagi kebanyakan mereka termasuk dirinya yang merupakan kaki kelab malam satu ketika dahulu.Mengakui yang akhlak dirinya dahulu adalah umpama Britney Spears, Wardina meminta sahabat artis yang tidak bersetuju dengan tanggapannya agar tidak cuba menafikan sesuatu yang menjadi realiti sebenar kehidupan kelompok itu."Tak payah nak menegakkan benang yang basah, kerana saya tahu macam mana keadaannya dalam dunia artis itu.


Jadi pada saya tak payahlah nak jadikan artis-artis ini idola anda semua, tak payah, tak payah."Nak ambil yang ciri-ciri positif sahaja boleh, tapi tak perlulah nak dijadikan idola," katanya kepada hadirin dan pengunjung pusat beli belah yang sebahagian besarnya terdiri daripada para remaja.


Wardina berkata dia bukan mahu mendabik dirinya sebagai yang terbaik tetapi dia sentiasa mendoakan kebaikan untuk dirinya kerana dia adalah contoh dan idola untuk anak-anaknya sendiri.Katanya, apa yang merisaukan dirinya tentang kehidupan artis di Malaysia hari ini adalah apabila ada di kalangan mereka yang sering mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama tetapi tiada yang menegur."Saya takut bila perkara salah yang artis lakukan tidak menjadi salah lagi, perkara yang salah tidak ditegur para ustaz dan ulama, artis-artis jahil dan mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama. Tetapi tidak ada orang tegur, artis berbaju separuh bogel tidak ada orang tegur dan hiburan terlalu banyak dan melalaikan. Ini yang saya risau sebenarnya," katanya.


Program anjuran kerajaan negeri Kelantan itu telah mengupas tajuk Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dan turut diundang novelis terkenal Indonesia, Habiburrahman el-Shirazy dan personaliti TV9, Farrah Adeeba Mohd. Ashraf sebagai ahli panel dengan dipengerusikan oleh pakar motivasi, Amin Idris.

Related Posts with Thumbnails