CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Saturday, December 18, 2010

ISI BORANG KEMASUKAN KE IPTA

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar pengunjung2 setia blog nisa tambun, kakak-kakak nisa, adik-adik nisa yang sentiasa di sayangi ALLAH ?.Harap sihat-sihat selalu.bagi kakak-kakak yang ada anak2 mereka yang telah habis peperiksaan spm,stpm kini boleh mencadangkan kepada mereka untuk membuat permohonan menyambung pelajaran di mana-mana Institut Pengajian Tinggi dengan segera. dan kepada adik-adik yang dah tahu hal ini, bertindak segera walau bagaimana pun keputusan kita nanti , yang penting kita dah memulakan langkah awal untuk memohon untuk memasuki mana-mana IPTA. Akak sentiasa ingin memberi nasihat , semasa ingin mengisi mana -mana IPTA dan program jurusan pilihan, pilihlah yang dapat membantu didunia dan akhirat serta yang bersesuaian dengan diri seorang muslimah dan perempuan, dan juga pilihlah yang mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi dan berstatus selamat jika sudah bergraduat. seperti cikgu :)

jika masih confuse, boleh contact sendiri dengan unit pendidikan dan kerjaya nisa' atau unit kebajikan dan kaunseling seperti yang tertera di ruangan kanan blog iaitu k.diyana zamri atau k.adila kmohd kamal sendiri, untuk meminta pandangan mereka.

sekian sahaja panduan untuk adik-adik, kakak-kakak yang berniat dan bersemangat untuk menyambung pelajaran..

sehingga ketemu lagi ..insyAALLAH.

Laman web permohonan : http://upu.mohe.gov.my/

13 DISEMBER 2010 - 13 JANUARI 2011 :

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF (KATEGORI MATRIKULASI / ASASI) FASA 1 SESI AKADEMIK 2011/2012

01 NOVEMBER 2010 - 31 DISEMBER 2010 :

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL & LATIHAN VOKASIONAL (TEVT) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) LEPASAN SPM/SETARAF (FASA 1) AMBILAN JULAI 2011


0 comments:

Related Posts with Thumbnails