CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Friday, August 13, 2010

BOWLING NISA’ TAMBUN 2010 KUMPUL REMAJA/BELIAWANIS

Bowling NISA’ Tambun Tournament 2010 telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya pada 1 Ogos 2010 yang lalu. Penganjuran kali keempat ini telah menarik lebih 80 orang peserta remaja/beliawanis sekitar Tambun. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr Nor Diyana Zamri seterusnya ucapan Pengarah Program Sdr Syazwina Shafian antara lainnya menekankan bahawa peri penting sukan sebagai medium terbaik penghubung silaturrahim di kalangan remaja/beliawanis.

Perasmian kejohanan bowling ini telah disempurnakan oleh Pengarah NISA’ Perak, Puan Haliza Hamidon. Dalam ucapan perasmian itu, beliau menegaskan bahawa wanita muslimah juga boleh bersukan dalam masa yang sama syariat tetap terjaga. Beliau mengucapkan tahniah kepada NISA’ Tambun di atas penganjuran yang telah berjaya mengumpulkan ramai remaja dan beliawanis dan mengharapkan sukan dalaman ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sebagai simbolik perasmian kejohanan bowling kali ini, Pengarah NISA’ memotong kek berbentuk pin bowling berwarna ungu menepati tema warna korporat NISA’.

Kejohanan pada kali ini menyaksikan kumpulan dari Klebang Prima mengungguli tempat pertama diikuti oleh kumpulan dari Manjoi Baru. Dan tempat ketiga pasukan dari Klebang Restu. Tempat keempat pasukan dari Manjoi Lama. Seterusnya tempat kelima ialah pasukan dari Klebang Jaya. Seramai 3 orang peserta telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan melalui kiraan mata jatuhan pin iaitu Noryati Arsyad dari Klebang Restu , Wan Zalina Osman dari Klebang Prima dan Wan Nur Farah Aida Wan Ghazali juga dari Klebang Prima. Jumpa lagi pada tahun hadapan. Ayuh kita realisasikan impian bersama..


Tahniah Ajk Nisa' Tambun!


Ucapan perasmian oleh ketua Nisa' Perak

Ucapan Puan Haliza Hamidon

Simbolik perasmian, comel x kek?he...

Masing-masing bersemangat

Antara peserta yang mendaftar

Tunjukkan skill anda...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails