CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Tuesday, July 20, 2010

‘GEROMBOLAN UNGU’ MERIAHKAN TEMASYA SUKAN

Jemputan untuk membuka booth di Temasya Sukan PASTI Zon Chemor 18 Julai 2010 tidak dipersiakan oleh NISA’ Tambun. Malah dengan kehadiran ’ gerombolan ungu ‘ ini telah menarik perhatian ramai. Booth NISA’ Tambun mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibu bapa yang hadir. Emm..boleh tahan dan berbakat juga AJK-AJK NISA’ dalam bisnes! Alhamdulillah wa syukurlillah DIA Maha Pengatur segalanya. Antara produk-produk yang ditawarkan di booth ini seperti T-shirt NISA’,pen, button, sticker, beg dan T-shirt muslimah di samping pameran foto aktiviti-aktiviti NISA’, paparan blog NISA’ Tambun dan pembukaan keahlian NISA’. Peluang ini juga dimanfaatkan oleh NISA’ Tambun untuk mempromosikan Bowling NISA” Tournament pada 1 Ogos 2010 nanti. Alhamdulillah ada yang telah menempah tempat ke pertandingan tersebut..SYABAS dan JAZAKALLAH pada AJK-AJK NISA’ yang turun padang menyumbangkan tenaga. Ayuh KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA….mencari mardhotillah ILAHI menggugus silaturrahim.




Barisan peserta yang berbakat.


Semoga berjaya.


Ketua Nisa' tambun Sibuk melayan pelanggan...

Maila singgah gerai Nisa'

Cepat adik cepat!

Barisan Team Nisa' tambun Yang memang semangat!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails