CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Tuesday, December 29, 2009

JOM JENGAH ISU PENDIDIKAN

KENYATAAN AKHBAR OLEH YBHG. PROF. DATO’ IR. DR. RADIN UMAR BIN RADIN SOHADI KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA MENGENAI KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT BAGI PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SELARAS DENGAN PENGGREDAN BARU SPM OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MULAI SESI AKADEMIK 2010/2011
1. Sukacita dimaklumkan kaedah pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.
2. Kaedah Pengiraan Markah Merit Pelajar bagi kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.
3. Mulai Tahun 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan peringkat kelulusan A+ .
4. Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil 2 kepada kaedah sedia ada. Pengiraan merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut :
GRED SPM DAHULU (Sebelum 2010) = 1A , 2A , 3B ,4B, 5C, 6C , 7D, 8E, 9G ( yg lama )
SEKARANG (Mulai 2010) = A+, A , A- , B+, B, C+, C , D, E, G,( yg baru )
NILAI MARKAH BAGI PENGIRAAN MERIT = 18,16,14,12,10,8,6,4,2,0 ( merit yang dapat ikut gred )
bezanya berubah gred A1 kepada A-,A+,A dan merit yang di beri untuk setiap A tu berbeza iaitu 18 untuk A+,16 untuk A, 14 untuk A- ( PENERANGANNYA )
5. Kaedah pengiraan markah merit yang dilaksanakan ini juga mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian dengan memastikan bahawa pelajar yang dahulunya mendapat gred 6C (Kepujian) tidak diturun taraf ke gred yang lebih rendah serta mengelakkan perubahan besar dalam syarat khas program pengajian yang perlu mendapat kelulusan Senat IPTA.
6. Justeru itu, pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti , syarat khas program pengajian serta pemilihan calon bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia 3 ada bagi calon Lepasan SPM Tahun 2008 dan sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon Lepasan SPM Tahun 2009 (Semasa). Kaedah ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar bukan tahun semasa mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan ke IPTA berasaskan dasar sedia ada.
7. Pengiraan markah merit calon yang merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit adalah seperti di Lampiran 1.
8. KPT bersetuju untuk mengadakan road show taklimat kepada Guru Bimbingan & Kaunseling mengenai perubahan kaedah pengiraan markah merit dengan mengguna pakai sistem penggredan baru SPM 2009 bagi proses pemilihan kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011.
9. KPT juga akan mengemas kini maklumat mengenai kaedah pengiraan markah merit terkini melalui cetakan dan agihan brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah. Maklumat ini juga akan disebarluaskan melalui laman web KPT, KPM, Laman Web rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my, MyGoverment dan IPTA.
10. Pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini juga akan disebarluaskan melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 anjuran KPT dengan kerjasama KPM mulai minggu pertama Januari hingga akhir Mac 2010 di 10 zon terpilih seluruh negara.
11. Pelaksanaan dasar baru kaedah pengiraan markah merit Lepasan SPM adalah selaras dengan sistem penggredan baru oleh KPM akan disebarluaskan kepada kumpulan sasaran seperti pelajar, ibu bapa, guru, masyarakat dan stake holder KPT serta diberi keutamaan bagi memastikan maklumat yang tepat dan terkini disampaikan kepada kumpulan sasaran.
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Oktober 2009

0 comments:

Related Posts with Thumbnails