CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Saturday, June 20, 2009

NEW INFO

Program " MAYS" ( Masih Ada Yang Sayang ) oleh Unit pembangunan Insan Nisa' Tambun kini kembali buat kali yang ke-2 yang mana akan bertamu ke Asrama Anak-anak Yatim Dar'us Salam Tambun, pada 28hb jun 2009 ( ahad ) bermula jam 1 tghr - 5.30 ptg, terdapat beberapa aktiviti yang bakal di jalankan bersama-sama anak-anak yatim untuk membantuserta menggembirakan hati mereka.


Disini terdapat sedikit maklumat berkenaan asrama Anak-anak yatim Dar'us Salam Tambun.

Asrama Anak-Anak Yatim Dar’us-Salam bermula dengan penubuhan Maahad Dar’us-Salam Tambun telah di asaskan pada tahun 2001 sebagai sekolah agama rakyat (persendirian) di atas sebidang tanah yang diwakafkan seluas 1 ekar 17 pol. Tanah ini diwakafkan bersama-sama dengan sebuah bangunan kayu iaitu bekas kilang batik dua tingkat dengan keluasan 120 kaki panjang dan 20 kaki lebar, yang di ubahsuai menjadi bilik-bilik darjah, bilik guru, pejabat, asrama dan bilik penginapan pengetua.

Buat masa ini anak-anak yatim yang berjumlah 25 orang ini merangkumi 10 orang lelaki dan 15 orang perempuan di mana 12 orang daripada mereka adalah berasal dari Perak Darul Ridzuan sementara 13 orang lagi berasal dari Kedah.

Sistem pendidikan dan makan minum warga anak yatim di asrama ini adalah percuma dan mereka dilayan seperti penghuni sekolah berasrama penuh. Mereka disediakan 5 kali sajian setiap hari iaitu sarapan pagi, jamuan rehat, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Oleh kerana latar belakang yang terbiar dan tercicir, sebahagian dari anak-anak yatim ini tidak dapat menulis dan membaca di awal kedatangan mereka di samping hilang minat belajar. Mereka juga tidak tahu membaca Al-Quran dan hal yang berkaitan dengan solat. Alhamdulillah dengar berkat kesabaran guru-guru, mereka sekarang sudah berminat semula belajar sama ada rumi atau jawi dan seramai lima orang sudah mampu membaca Al-Quran.

Pihak pentadbiran sedang memantau perkembangan mereka dari segi minat dan kecenderungan di mana murid yang tidak dapat menguasai akademik akan disalurkan ke bidang kemahiran dalam mengikut minat masing-masing. Bagi mereka yang mempunyai kecenderungan agama akan diwujudkan kelas tahfiz Al-Quran. Diharapkan dengan cara ini masa depan mereka cerah dan mampu berdikari.

Pihak pentadbiran amat mengalu-alukan sumbangan dari mana-mana pihak yang prihatin dengan warga yatim dan miskin yang terbiar dan tercicir ini. Dan kami menggalakkan anda datang sendiri mengusap kepala mereka dan melihat sendiri penempatan mereka. Semoga kita terselamat dari orang yang dikecam Allah dalam Surah al-Maaun.

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (1) فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ (2) وَلاَ يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (3) فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُونَ (5) الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ (6) وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ (7)


جزاكم الله خيرا كثيرا

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
oleh :
SF Al-Ustaz Md Suaid bin Din
Pengasas / Pengetua / Pengurus
Maahad Dar’us-Salam dan Asrama Anak-Anak Yatim
Dar’us-Salam Tambun.

Maklumat ini diambil daripada blog yang amat prihatin terhadap asrama anak-anak yatim yang terdapat seluruh negeri perak dan turut memberikan sumbangan kepada mereka samaada secara langsung dan tidak langsung.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails