CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Wednesday, May 27, 2009

" DEMAM SHOPPING" 5 PUNCA TERLEBIH BELANJA



Dah nama pun pompuan , cuba tengok di shopping kompleks, huh sesak dengan orang perempuan, waktu klimaksnya adalah time hujung2 bulan ( bagi yang kerja kerajaan). Shopping itu , shopping ini…tp..yang peliknya waktu beli barang tu, x ingat plak nak kena berjimat, dah sampai rumah belek-belek harga dan ditotalkan terkezut sampai terkeluar biji mata “TERLEBIH BAJET”..merana pulak kalau yang banyak berhutang, nak bayar duit kereta, sewa rumah, bil air, bil api, belanja mak abah, yuran adik-adik..mulalah mengeluh bila suruh bersedekah..hahaa.,kan dah terlambat.,ok nevermind jom kita lihat apa punca kita terlebey belanja???

Pertama … PERASAAN BERHAK
Bisikan syaitan ! “aku berhak berbelanja untuk diri sendiri setelah berkerja”..Maka akhirnya akan berkunjung ke kedai dan pasaraya dan memebli cakera padat, gincu, makanan yang diidamkan, kasut, baju, beg tangan, barang kemas, belanja kawan-kawan sebagai tanda kita banyak duit. Ada jugak setengah tu yang pentingkan nilai persahabatan dan mahu diterima kawan-kawan, itu mneyebabkan kita berberbelanja perkara yang tidak diperlukan dan penting, kerana ingin diterima dalam kumpulan.

Kedua … SEDIH DAN KECEWA
Nak hilang kan kecewa dan sedih, berbelanja dapat memuaskan nafsu membazir, beli barang banyak-banyak …huh..PUAS!! tp hilang ke sedih dan kecewa tu???orang laki yang terbaca artikel ni, kalau tengok si isteri beli barang-barang banyak2 tu,,tolong-tolonglah angkat supaya sedih dan kecewanya hilang..hehe

Ketiga …HOBI
Huh…Interesting!!!! HOBI ?berbelanja?..Tidak dinafikan, kebanyakkannya hobi rakyat Malaysia adalah berbelanja, sehingga boleh menghabiskan wang beribu dan berjuta ringgit untuk memenuhi kehendak hobi. Bahaya tu, fikir-fikirkanlah untuk berjimat, masa kini kerajaan tidak banyak untuk membantu rakyat, tetapi rakyatlah yang perlu bantu kerajaan pula.

Keempat …MEMBELI PADA HARGA TAWARAN
Diskaun 10% sape cepat dia dapat!!!! Jualan penghabisan stok potongan 70 % , beli satu percuma 2, beli bayak menang 1 juta ( iklan power root terbaru )…saya pun mahu jadi jutawan, maka belilah power root banyak2 menang berjuta-juta….JANGAN TERTIPU wahai kaum hawa !!!Anda terperangkap sebenarnya..tawaran demi tawaran ini, hanya menipu, tidak mungkin peniaga mahu rugi apabila berniaga dan pasti ada sesuatu sekiranya menurunkan harga dan menyogok pelbagai hadiah untuk menarik pelanggan, ia adalah strategi helah menarik ramai pelanggan dan menghabiskan wang anda di waktu yang tidak sepatutnya…ayuh beringat dan berfikiran wajar dalam langkah kita..


Kelima …. MENGGUNAKAN HUTANG DAN TIDAK BAJET
Penangan Kad kredit, tiada duit anda boleh guna kad kredit,, itu penyebab penambah hutang berganda-ganda..Anda perlulah bijak menggunakan kad kredit secara hemat, hutang itu menambah beban dan natijahnya membebankan sepanjang hidup anda.

Hah inilah orang pompuan!!! Berbelanja boleh tapiiii kena la hati-hati…untuk yang masih bujang , simpanlah untuk nikah, untuk ibu bapa, untuk berjihad di jalan Allah , bagi yang dah berkahwin pulak dan dah ada anak simpanlah untuk masa depan anak-anak, haa! Bagi yang masih belajar , jangan boros dapat PTPTN dan JPA, belajar lah simpan- simpan untuk membayar nya semula ..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails