CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Wednesday, May 27, 2009

" DEMAM SHOPPING" 5 PUNCA TERLEBIH BELANJA



Dah nama pun pompuan , cuba tengok di shopping kompleks, huh sesak dengan orang perempuan, waktu klimaksnya adalah time hujung2 bulan ( bagi yang kerja kerajaan). Shopping itu , shopping ini…tp..yang peliknya waktu beli barang tu, x ingat plak nak kena berjimat, dah sampai rumah belek-belek harga dan ditotalkan terkezut sampai terkeluar biji mata “TERLEBIH BAJET”..merana pulak kalau yang banyak berhutang, nak bayar duit kereta, sewa rumah, bil air, bil api, belanja mak abah, yuran adik-adik..mulalah mengeluh bila suruh bersedekah..hahaa.,kan dah terlambat.,ok nevermind jom kita lihat apa punca kita terlebey belanja???

Pertama … PERASAAN BERHAK
Bisikan syaitan ! “aku berhak berbelanja untuk diri sendiri setelah berkerja”..Maka akhirnya akan berkunjung ke kedai dan pasaraya dan memebli cakera padat, gincu, makanan yang diidamkan, kasut, baju, beg tangan, barang kemas, belanja kawan-kawan sebagai tanda kita banyak duit. Ada jugak setengah tu yang pentingkan nilai persahabatan dan mahu diterima kawan-kawan, itu mneyebabkan kita berberbelanja perkara yang tidak diperlukan dan penting, kerana ingin diterima dalam kumpulan.

Kedua … SEDIH DAN KECEWA
Nak hilang kan kecewa dan sedih, berbelanja dapat memuaskan nafsu membazir, beli barang banyak-banyak …huh..PUAS!! tp hilang ke sedih dan kecewa tu???orang laki yang terbaca artikel ni, kalau tengok si isteri beli barang-barang banyak2 tu,,tolong-tolonglah angkat supaya sedih dan kecewanya hilang..hehe

Ketiga …HOBI
Huh…Interesting!!!! HOBI ?berbelanja?..Tidak dinafikan, kebanyakkannya hobi rakyat Malaysia adalah berbelanja, sehingga boleh menghabiskan wang beribu dan berjuta ringgit untuk memenuhi kehendak hobi. Bahaya tu, fikir-fikirkanlah untuk berjimat, masa kini kerajaan tidak banyak untuk membantu rakyat, tetapi rakyatlah yang perlu bantu kerajaan pula.

Keempat …MEMBELI PADA HARGA TAWARAN
Diskaun 10% sape cepat dia dapat!!!! Jualan penghabisan stok potongan 70 % , beli satu percuma 2, beli bayak menang 1 juta ( iklan power root terbaru )…saya pun mahu jadi jutawan, maka belilah power root banyak2 menang berjuta-juta….JANGAN TERTIPU wahai kaum hawa !!!Anda terperangkap sebenarnya..tawaran demi tawaran ini, hanya menipu, tidak mungkin peniaga mahu rugi apabila berniaga dan pasti ada sesuatu sekiranya menurunkan harga dan menyogok pelbagai hadiah untuk menarik pelanggan, ia adalah strategi helah menarik ramai pelanggan dan menghabiskan wang anda di waktu yang tidak sepatutnya…ayuh beringat dan berfikiran wajar dalam langkah kita..


Kelima …. MENGGUNAKAN HUTANG DAN TIDAK BAJET
Penangan Kad kredit, tiada duit anda boleh guna kad kredit,, itu penyebab penambah hutang berganda-ganda..Anda perlulah bijak menggunakan kad kredit secara hemat, hutang itu menambah beban dan natijahnya membebankan sepanjang hidup anda.

Hah inilah orang pompuan!!! Berbelanja boleh tapiiii kena la hati-hati…untuk yang masih bujang , simpanlah untuk nikah, untuk ibu bapa, untuk berjihad di jalan Allah , bagi yang dah berkahwin pulak dan dah ada anak simpanlah untuk masa depan anak-anak, haa! Bagi yang masih belajar , jangan boros dapat PTPTN dan JPA, belajar lah simpan- simpan untuk membayar nya semula ..

Monday, May 25, 2009

MENGAPA YAHUDI BIJAK SANGAT ???



BIJAK BENO DEME

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu,



dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah



Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Assalamualaikum wbt.. semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.



Dr. Stephen Carr Leon

Monday, May 18, 2009

Doa Hilang Debar



Assalamualaikum wbt...

Doa ini adalah perkongsian bersama-sama kita yang bergelar nisa'( perempuan )/ bunga yang mana fitrah kejadiannya mudah gemuruh, berdebar, Nervous apabila berhadapan satu-satu perkara yang melibatkan kita perlu untuk bercakap dengan seseorang atau pelbagai orang tidak kira menyampaikan kebenaran atau menyatakan kesalahan.

Dalam firman Allah juga ada tersembunyi menyatakan wanita itu lemah dan sebab itulah lelaki dipilih sebagai pemimpin, tetapi dalam keadaan suasana zaman masa kini , kaum lelaki semakin sedikit bilangannya, memerlukan tenaga wanita sebagai pendokong bagi menyampaikan sesuatu yang benar dan menyatakan yang salah. Ini bukan bermakna saya menyatakan perempuan boleh memimpin dalam semua hal tetapi ia sangat diperlukan dalam beberapa hal.

Buat sahabat-sahabat dan pengunjung yang bakal hadapi peperiksaan atau apa sahaja dugaan dan cabaran daripada apa-apa segi sekalipun , senjata kita adalah "DOA" selepas kita berusaha..

Gud luck , bit taufiq an najah...buat pelajar yang akan menjalani peperiksaan di pusat Institusi pengajian sekitar sini.

wallahua'lam..

Friday, May 15, 2009

AIR MATA RASULLUAH

Assalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarkatuh

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu..
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.....

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

PROGRAM JEJAK CAWANGAN

ZOOM IN NISA'
INSYALLAH NISA' TAMBUN AKAN TURUN KE CAWANGAN
TEMPAT : CHEMOR IDAMAN
TARIKH: 16 MEI 2005

NANTIKAN KEHADIRAN KAMI KE CAWANGAN ANDA,BANYAK AKTIVITI YANG BOLEH DISERTAI

DATANG JANGAN TAK DATANG.....

Monday, May 11, 2009

UCAPAN MANTAN NISA' TAMBUN

Assalamualaikum.

salam ukhuwah untuk semua. tahniah kepada pimpinan baru Nisa' Tambun. especially kak teh, ketua baru:) Moga lebih mantop... lebih steady... lebih best... bla.. bla..bla..

kak co seronok bersama sahabat-sahabat Nisa' Tambun. teamwork yang lebih hebat daripada wonderpet. akan kak co simpan kenangan indah bersama kalian.

paling best, tatkala kak co berkampung di hospital kerana suami masuk icu. setiap hari ada je sahabat2 nisa' yang datang ziarah. jazakumullahu khairan kathira.

buat adik-adik sekitar Tambun, Chemor dan Manjoi yang belum join, cepat daftar Nisa'! Rasai keindahan ukhuwah fillah bersama kami.

luv from,
kak co,
mantan ketua nisa' tambun

TALKSHOW " SETITIS AIR MATA IBU "


Assalammualaikum & Selamat Hari Ibu... Talkshow Nisa Hari Ibu - SETITIS AIR MATA IBU bakal menemui anda insyaAllah pada hari Ahad ini, 17 Mei 2009 di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Shah Alam) Selangor.

Pendaftaran dibuka pada jam 8.30pg. 100 peserta terawal akan menerima cenderahati Stiker kereta Nisa. Penyertaan adalah PERCUMA.

Apa yang menarik ialah kami menampilkan 2 orang tokoh yang pakar dalam bidang masing-masing bagi mengupas tajuk bicara kita kali ini. Dijemput kepada seluruh warga Shah Alam khususnya dan rakyat Malaysia amnya ke program kami ini.

Sebar-sebarkan.

Maklumat lanjut sila hubungi: Afiqah 013-528 0385 dan Syuhada 019-991 2151 InsyaAllah jumpa di sana

Daripada nisa_team pusat

Related Posts with Thumbnails