CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Memori Nisa' Tambun

Saturday, November 29, 2008

JiHaD CuTi SeKoLaH

Salam.

Selamat bercuti khas buat adik-adik yang masih bersekolah. Program-program menarik untuk adik-adik dan sahabat-sahabat sertai sepanjang cuti ini.

1- INSAN RABBANI 4

Siri pembentukan rohani adik-adik Tahun 4,5 dan 6.
Adik-adik akan belajar mencintai Al-Quran dan menghafal Al-Quran.
Tempat : Sekolah Rendah Tarbiah Islamiah (SRATI), Tanjung Rambutan.
Tarikh : 30.11.08 - 4.12.08
Adik-adik berminat? Hubungi Ustaz Luqman 016-5100729

2- SEMINAR FIQH PERUBATAN

tema : Ke arah hospital mesra ibadah.
Belajar bagaimana melaksanakan ibadat ketika sakit terutama di wad.
Tarikh : 13 Disember 2008 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 4.30 petang
Tempat : Kolej Perubatan Perak
Yuran : RM20 (bagi yang bekerja) dan RM15 (pelajar)

3- FESTIVAL NASYID NISA' GOPENG

Tarikh : 19 Disember 2008
tempat : dewan kolej perubatan perak, unikl-rcmp,ipoh
jam : 8 pagi -5 petang

syarat penyertaan :

  • maksimum setiap kumpulan seramai 6 orang,
  • umur peserta 12 hingga 40 tahun
  • tema lagu pertama :Rasulullah s.a.w.
  • ltema agu kedua : bebas
  • tarikh tutup penyertaan : 10 Disember
  • pendaftaran :RM10 seorang
Ramai-ramai datang tonton...

Hubungi : Ketua Nisa' Gopeng 013-5020528

4- NISA' INDOOR GAMES

Permainan- congkak, dam ular, dam haji, ceper (tudung botol), karrom, catur
Tarikh : 21 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 9pagi - 1 petang
Pendaftaran : RM3 untuk satu permainan
Terbuka untuk semua wanita berusia 13 tahun ke atas
Hubungi : Kak Haliza 0175993320

5- FIESTA FEMININ

Nak test betul tidak bacaan solat?
Nak bayi atau kucing anda sertai pertandingan?
Nak cuba wall climbing?
Nak jadi model busana muslimah?
Nak rasa 50 jenis nasi?

jom ke

Tempat : Dewan Orang Ramai Taman Meru
Tarikh : 29 Disember 2008 (Isnin)- cuti
Masa : 9 pagi - 4 petang

pertandingan bayi sihat : 9 - 10 pagi
busana muslimah : 11.30-12.30 petang
pertandingan kucing sihat : 2- 3 petang

ada cabutan bertuah!

hubungi kak co (ketua nisa' tambun): 019-5710760

fiesta ini khas untuk wanita sahaja. ok? just for women..



Thursday, November 06, 2008

SIAPA SANGKA?

Siapa sangka, SEMARAK RAMADAN di Dataran Ipoh jadi tempat jejak kasih. Kume jumpa kawan sekelas kume masa di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Batch 1994-1995. Kawan kume tu, Amir Faris bawak isteri, Fasohah dan anak, Ahla. Nampaknya ada sinar baru untuk Nisa’ Tambun. Kite udah ada ustazah Mesir weh! Harap-harap terima la “pinangan” kami untuk sama-sama berjihad. Allahu akbar!

Kepada Amir Shaharudin dan Irfan, tahniah sebab dapat menyambung pelajaran ke peringkat PHD di UK.

DSAI AGEN AMERIKA?

Kume tengah pening ni… pasal hal-ehwal politik Malaysia.

Mike tak minat politik? Tak pe.. tak semua suka belacan dan tak semua suka keju. Kume makan dua-dua.

Baru seminit tadi sahabat sekantor kume bagitau DS Anwar Ibrahim agen Amerika. Sebab itu Amerika masuk campur kes peng”ISA”an YB Teressa Kok. Betul ke?

TERIMA KASIH, PERAK

Terima kasih kepada kerajaan negeri perak kerana mengadakan program semarak Ramadan.

Macam tak percaya, di bumi Ipoh spesifiknya dataran bandaraya ipoh boleh diadakan program berbuka dan berterawih beramai-ramai. Couple-couple yang selalu merendek kat situ pun, kume dah tak nampak. Ramai dengan mereka yang bertelekung dan berkopiah.

Waktu tamat, standard dengan masjid lain. Pukul 10.30 habis. Tak le membebankan.

Yang canggihnya, setiap malam, tazkirah akan diisi oleh ustaz yang power-power.

Ustaz yang bekerja, berjuang.

Bukan kategori ustaz yang ceramah, dapat angpow, balik.

Ustaz yang sanggup kata benar walaupun pahit.

Bukan ustaz yang takut-takut.”karang depa tak jemput aku ceramah masjid.kurang le income teman.”

Yang sedihnya, ngape program baik seperti ini tidak diwarwarkan dalam radio perak? Rakyat Perak berhak menikmati kemudahan dan program yang disediakan untuk mereka. Apatah lagi yang fakir miskin. Sekurang-kurangnya tiap malam boleh makan free.dapur kume dah seminggu tak berasap.almaklum makan free tiap-tiap malam.

Yang ramai anak, lagi-lagi le kume galakkan datang. Tempatnya luas. Mudah anak-anak main. Keselamatan pun terjamin. Tiap-tiap malam ada je yang sukarela jadi baby sitter. Ibu-ibu boleh solat dengan tenang.

Okey! Time’s up.kume nak bersiap-siap ke sana. Chow!

from: kak cho

Related Posts with Thumbnails